Followers

Thursday, February 21, 2013

Untukmu Im...[Episode 16]



:: Sayang itu Pahit ::

‘’astaghfirullah im!...apa yang u buat ni?!’’..ilham menjerit ke arah aku…darah di pergelangan tangan aku dah banyak mengalir dengan laju…sampai ke baju darah mengalir…aku terduduk dan dalam keadaan separa sedar...aku sedar ilham cuba untuk bangun…aku nampak dia terjatuh dan bangun cuba berjalan sambil memanggil manggil aliff…ilham letak kepala aku kat atas peha dia….saat itu aku terus hilang dan tidak sedarkan diri…

Perlahan lahan aku bukak mata…rasa tak larat…rasa pening…haus…resah..semua ada…aku bagaikan terjaga dari mimpi yang panjang…dan aku berharap semua yang terjadi beberapa hari ini adalah mimpi semata mata…aku lihat sekeliling ada ilham, aliff dan Yana…ilham berdiri di sisi katil dengan dua tongkat…aku tersenyum…aku bersyukur ilham dah nampak kuat…tak sia sia doa selama ni…aku mengalirkan air mata…mengenangkan kebododhan aku sendiri…cuba nak bunuh diri..bapak aku bilal..ummi aku ustazah…anak dia pulak gay! Dan cuba nak bunuh diri…aku tak nampak abah dan ummi kat situ ..aku berharap mereka ada…tapi hampa…

‘’im…dah dua hari im tido..penat i diri sini lama-lama tunggu im nak baka jalan-jalan…I dah boleh jalan dah…hahaha’’ sambil ilham berpusing2 mengangkat kedua dua tongkatnya…laak aku tengok …mungkin ilham cuba untuk buat aku tak fikirkan sangat apa yang terjadi…tak sangka dah dua hari aku kat hospital dan tak sedarkan diri….badan aku agak lemah mungkin kurang makan. aku pon tak pasti kenapa aku boleh end up masuk hospital swasta di ampang ni….bilik persendirian lak tu…mana lah aku ade duit nak bayar…Aku nampak ada bubur tepi katil. Mungin diorang baak dan suapkan aku. aku dapat bayangkan ilham suap aku masa aku tengah tak sedarkan diri…aku teringat ummi aku…alangkah indahnya kalau ummi yang suapkan aku sekarang…ummi dna abaha aku adalah segala galanya bagi aku…

‘’ummi dan abah ada datang?’’..aku bertanya pendek…diorang berpandangan sesama sendiri. Dari reaksi muka diorang aku dah tauh yang ummi dan abah aku memang tak datang. Aku pon bodoh. Adakah aku mengharapkan ummi dan abah aku datang lepas diorang tahu aku ni macma mana tambah tambah lagi aku masuk hospital ni sebab cuba nak bunuh diri. Kalau aku mati hari tu..aku tak dapat bayangkan macam mana keluarga aku nak menghadapai pandangan masyarakat..mati bunuh diri…gila kau!..forever burning in hell…takda chance langsung aku nak ke syurga…aku menitiskan air mata…air mata penyesalan…aku berada dalam keadaan depression..mungkin aku dah tahu nak pikir apa lagi that time…..

‘’im…ummi dan abah tak tahu pasal ni…kami mintak dari pihak hospital untuk kami hubungi sendiri..tapi dalam bukan dalam keadaan im macam ni. Biar keadaan reda sikit..ok?..’’ ilham duduk tepi katil aku mengusap rambut aku…dia belai pipi aku..lap air mata aku…tenang bila aku berada disitu…Yana hanya mampu melihat…mungkin dia pon dah lupakan apa yang terjadi selama ni…aliff…kalau takda aliff mungkin sekarang ni dah tahlil hari ke tiga kat rumah aku kat kampung…mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi ni…ya tuhanku…kuatkanlah hambamu ini…..

‘’assalamualaikum im…….’’ Fahmi membuka pintu…aku yang dlam keadaan tenang tadi terus terdiam dan tergamam tengok fahmi berani nak datang lagi…lepas apa yang dia dah buat pada aku…dia berani tunjuk muka…kalau aku sihat sekarang ni aku dah ludah muka dia…tak kisah lah badan dia besar macma mana pon aku rasa aku akan end up bertumbuk dengan dia..(walaupon aku akan kalah!)…aku berpaling…kalau boleh aku taknak bercakap pon dengan dia…aku tengok aliff dan yana mula beredar dari situ..mungkin nak beri peluang pada fahmi dan ilham dengan aku sekejap….ilham masih kat tepi aku…dia tahu aku perlukan dia untuk berada di sisi aku saat ni..dan aku tak rasa ilhamn akan tinggalkan aku berduaan dengan fahmi…

‘’kau buat apa lagi datang fahmi?...kau dah musnahkan hidup aku….kau pecah belahkan keluarga aku..sekarang kau berani nak datang lagi fahmi…pergi fahmi..akud ah taknak tengok muka kau lagi….’’ Aku bercakap lembut..nak teriak pon lemah….aku bercakap tapi aku tak pandang langsung muka fahmi. Meluap luap rasa benci aku kat fahmi…aku tengok fahmi hanya tertunduk di tepi katil..melutut di lantai…mengalirkan air mata…pertama kali aku tengok fahmi meinitiskan air mata sepanjang aku kenal dengan dia…tapi aku takkan percaya lagi dengan kata-kata jantan sasa yang menangis ni...fahmi mengggenggam tangan aku….

‘’sayang…kenapa tak beri abang explain diri abang? Kenapa tak beri peluang…kenapa im tak pernah nak dengar apa yang abang nak cakap?...kenapa im keraskan hati im untuk abang?..sebab sebenarnya im tak pernah betol-betol mencintai abang…dalam hati im..hanya ada ilham sorang…’
Kata kata fahmi ni suddenly memberi kesan yang sangat mendalam…aku rasa sedikit sebanyak memang betul apa yang dia cakap…sebab aku tak pernah bagi peluang pada dia…aku sedikit terkejut dengar apa yang fahmi cakap…ilham sedikit dengan muka terkejut…aku bisik dalam hati aku…ya..aku mencintai ilham…tapi aku juga mencintai kau fahmi…kalau lah kau betol betol tahu apa dalam hati aku…aku dah serahkan hati aku pada kau saat ilham tinggalkan aku dulu….air mata aku mengalir sepi…masih tidak memandang ke arah fahmi..mahupon ilham….aku maish dapat rasakan kasih sayang aku pada dia saat tangan fahmi yang panas menggenggam tangan aku…hati aku berdetak..aku dah tahu apa nak fikir…

‘’bro..aku rasa better kau balik dulu….im taknak kau ada dekat sini….please bro…’’ ilham bingkas bangun…ilham seolah olah mngerti apa yang aku mahukan…dah tak terluah rasanya…ilham bingkas bangun memegang bahu fahmi…fahmi hanya turuti…aku tengok diorang berdua berjalan sama keluar dari bilik aku…aku sempat menoleh…tengok muka fahmi…ya..kebencian aku denagn fahmi belum reda..dan tidak mungkin akan reda untuk selama lamanya..selamat tinggal fahmi..aku harap kau takkan jumpa aku lagi lepas ni..kau pergilah jepun ke ..africa ke…zimbabe ke…as long as aku dah taknak jumpa kau lagi…no or ever…keadaan bilik menjadi sunyi…mungkin diorang semua kat luar…aku cuba bangun…aku pon taknak nampak macam lembik lemah sangat…(aku lelaki ocay!)..aku berjalan ke pintu..kelar kat tangan…tapi apsal satu badan jadi lembik?...aku bukak pintu sedikit…

‘’ilham!..sampai bila kau nak rahsiakan lagi…kau kene explain apa yang dah jadi hari tu..he totally got a rong idea!..kau kene jujur..aku tak peduli..kalau kau tak bagitahu…aku yang akan bagitahu!...’’ aliff marah pada ilham,,,aku hanya mendengar di sebalik pintu yang terbuka sedikit tu…bunyi macam serious…apa yang ilham dan aliff rahsiakan dari aku sebenanrnya?...ada bende lagi ke aku tak tahu…ahh..dalam hati aku rasa macam taknak amik tahu…aku dah tak rasa aku boleh terima apa-apa beban lagi dalam hati dan kepala aku sekarang ni…
‘’aku harap kau tak masuk campur..this is between aku dengan im…aku taknak tengok im sedih…dan aku sendiri taknak kehilangan im untuk kami kedua!..kalau kau tak suka..kau boleh pergi dari hidup kami!’’…aku membuntangkan mata…aku rasa perkara ni memang serious…ilham dan aliff memang betol betol rahsiakan sesuatu dari aku…perlu ke aku tahu? Dan perlu ke aku bertanya..kalau aku tanya pada ilham mesti dia takkan bagitahu sebab dia sendiri halang aliff cakap kat aku…aku jadi resah dan berdebar debar…aku tak tahu hat to expect…aku balik ke katil…baring…fikiran aku masih memeikirkan perkara yang sama…

‘’hye im…I balik dulu ya..nanti esok I datang lagi…’’…aliff membuka pintu menuju ke katil aku..duduk tepi katil aku….

‘’ermm..aliff…kalau you betol sayangkan I as your truly friend..please explain…apa sebenarnya yang u dan ilham rahsiakan dari i?’’…aku memegang tangan aliff…aliff nampak sedikit resah tapi masih cuba buat buat tenang…knowing aliff…die memang tak pandai berlakon..kalau dia rasa bersalah memang boleh nampak kat muka dia…tapi aku rasa kalau aku tak tanya aliff…dengan siapa lagi aku nak tanya?...sebab diorang je tahu…kalau bukan pasla aku..seriously aku taknak amik tahu…dalam kepala otak aku fikir yang ilham skandal dengan aliff…tapi tuh spekulasi aku je…tapi kan aliff sepupu ilham…(macamla tak boleh!)..aku biarkan je aliff explain..kalau itu kenyataanya…dalam keadaan sekarang ni..aku rasa semua bende pon aku kene terima dengan redha dan pasrah…
‘’hmmmm….aku tak berani nak cerita ni…tapi aku sedikit sebanyak rasa terbeban…u pulak dah cakap macma ni…yes…I sayang u as one of my closest friend…at the same time…ilham is my cousin…I harap u sabar dan tenang kalau I cerita this thing…sebenarnya…..

**************************************************************************

Fahmi meletakkan motosikal superbikenya depan rumah…ilham memang dah ada kat baah pokok di depan saah….aliff ada kat situ menemankan ilham..fahmi terus menuju ke arah ilham….

‘’bro!..kenapa kau pergi dari hidup ilham dan masa aku dah bahagia dengan dia kau nak balik dengan dia?...aku nak dia balik dalam hidup aku!..kau dah nak kain buat cara nak kain beb!’’…fahmi membentak ilham…ilham hanya tersenyum atas kerusi rodanya…aliff hanya duduk di situ mendiamkan diri taknak masuk campur…aliff memang masak sangat dengan perangai fahmi yang panas baran tu…ego..keras kepala..semua ada...so aliff memang nak elakkan diri dari terlibat….

‘’sudahlah fahmi…aku dah happy dengan im…im milik aku …dari dulu sampai sekarang…kau tu yang pengacau hubungan aku dengan im…kau sedar diri kau fahmi…kau ingat im betul betul cintakan kau?...sejauh mana pon hubungan kau dengan dia…dalam hati dia ada aku jer…silap haribulan…kau main dengan dia pon im bayangkan aku…ilham untuk im..dan im untuk ilham!...im cintakan aku sorang…sampai bila bila fahmi!!’’…ilham perli dengan sinis…memang sengaja nak uji kesabaran fahmi..memang nak mencabar fahmi…fahmi dah mengangkat tinggi helmet dia…sebelah tangan menggenggam baju ilham…kalau orang lain nampak comfirm fahmi kene cop jahat macam setan nak pukul orang lumpuh….

‘’ilham….fahmi….naik atas rumah sekarang!…’’…abah datang dari belakang…ilham, fahmi dan aliff sama sama terkejut…muka jadi pucat lesi...nak lari kemana pon dah tak boleh…semua bende dah terjadi dan mungkin dah didengari abah….abah pon sound dalam nada yang keras dan tegas…aliff mula menolak kerusi roda ilham…fahmi menurut dari belakang…keadaan menjadi sedikit tegang bila mereka mula duduk mengahdap sesama sendiri…tak siapa berani nak bukak mulut…masing masing mulut terkunci…hal ni terlalu sensitif….

‘’pakcik tak sangka awak semua jenis manusia macam ni…aak semua tak takut tuhan?..apa dah jadi pada im?..aku bagi didikan agama rasa tak terlebih tak terkurang…aku ni duduk pergi masjid bagi khutbah janagn buat dosa…anak aku sendiri depan mata buat dosa aku tak tauh…anak angkat konon!..aku tak tahu macam mana im boleh berkaan dengan orang macam korang ni...jahanam korang dalam neraka!puihhhh!’’ abah terus berdiri…langkah fahmi untuk datang ke situ adalah pada keadaan dan masa yang tidak sesuai..semua bende dah didengari oleh abah…ummi datang membaakkan air teh ‘o’…dengan senyuman….dia tak tahu lagi apa yang jadi…

‘’awak tak payah nak sediakan air semua ni…dah nak balik dah ni…lepas ni korang berambus jangan berani nak datang lagi…aak tanya diorang apa anak kesayangan aak im tuh dah buat…kaum nabil luth!..mencintai kaum sejenis…apa dosa aku dah buat sampai anak aku buat aku macam ni?!’’…terhempas ke lantai dulang minuman ummi bawak…ummi terus terduduk…mengalirkan air mata tanpa berkata apa-apa…

‘’abah…maafkan ilham dan im…ilham memang betul betul sayangkan im…dalam hati ilham ade im sorang je…ilham janji dengan abah dan ummi akan jaga im dengan baik….’’ Ilham menggapai tangan abah….abah menepis….dengan muka yang garang…abah kalau dah marah memang susah dia nak maafkan…dan ilham cakap secara spontan mungkin dia dah blurr dan tak tahu nak respon apa…dalam keadaan tu..ilham mungkin rasa bersalah sebab ilham juga punca kepada masalah ni dah jadi semakin rumit sebab dah melibatkan keluarga…

‘’jangan pegang tangan aku!...jijik aku rasa tangan aku pernah kau cium!...aku jijik nak tengok korang semua…!..aku takde anak macam im…aku sanggup buang sorang anak dari ada anak yang menjatuhkan maruah keluarga aku!..aku jikjik pernah mengaku kau anak aku…kau tak fikri adik adik kau?..kau tuh anak yatim piatu!”….ilham terdiam di kerusi rodanya…fahmi memang dari tadi tidak bercakap sepatah apa pun…fahmi sedar memang salah dia datang ke rumah dan mulakan pergaduhan dengan ilham..sampai abah dengar semua bende…abah duduk dengan muka marah,,,,ummi menangis…ilham, aliff dan fahmi hanay tertunduk membisu…..

*******************************************************************

‘’dan saat itulah kau balik……’’…alifff tertunduk…diam seketika…aku terkejut..sedih…sakit hati..semua ada…aku sakit hati sebab ilham juga menjadi punca kepada masalah aku…in fact dia sebab utama abah buang aku…aku dah tauh nak percayakan siapa lagi…ilham satu satunya manusia yang aku harap..rupa rupanya terlibat…kenapa dia tak pernah nak bagitahu aku perkara yang sebenar…ya aku akan marah dia…tapi mungkin aku tidak membenci dia…dia rahsiakan dari aku buat aku jadi benci dengan dia…dan aku benci diri aku sendiri sebab mencintai orang orang macam ilham dan fahmi….

Aku keseorangan dalam bilik…ilham aku tak tahu kemana dia pergi dari tadi..ke dia dah tahu aku tau perkara sebnanr dan tak berani nak mengadap aku?...aliff dah balik…kesian aliff..aku dah paksa dia cerita pasal ilham…padahal ilham tuh sedarah dengan dia..mungkin dia rasa dia dah khianati family sendiri…tpi kalau aku tak tahu dari dia…sampai bila bila pon aku takkan tahu perkara ni…ilham...kebanyakan punca semua masalah ni dari ilham...aku bodoh tak sedar..citna membuatkan aku tak sedar...hanyut dalam maya cinta aku dengan ilham...aku tauh dia buat tuh sebab dia terlalu sayangkan aku...tapi this is beyond what i'm expected..kasih sayang antara aki dan ilham dan fahmi itu memang menyakitkan...pahit untuk ditelan....

‘’assalamualaikum im….sorry…I lambat sikit..i jalan lambat…I pergi kantin tadi..i belikan u chicken chop..special for you…meh I suapkan..’’…ilham masuk ke bilik…sambil tersenyum..berjalan agak lambat dengan tongkatnya…dia letak satu bekas makanan di meja makan aku…aku hanya duduk di katil…tak memandang langusng muka ilham…aku rasa bengang dia tipu aku…selama ni die tak explain perkara sebenar…ilham yang sepatutnya aku benci selain dari fahmi!..dia punca semua ni terjadi…aku libas bekas makanan tu…melambak jatuh ke lantai….ilham terkejut dnegan perbuatan aku…dan menunduk...mungkin dia dah rasa yang aku dah tahu segala galanya…kalau aku tak tahu..takda sebab aku akan buat macma ni…..

‘’apa aliff cakap kat u?...apa pun yang dia cakap..i’m truly sorry im…i rasa bersalah….u tak tahu setiap hri lepas kita balik KL I tak boleh langsung tenang…I bingung tak tahu macam mana nak ceritakan perkara ni pada u….i takut u tinggalkan i…..’’ ilham mengeluh…aku tidak menangis…aku rasa apa yang dia cakap pada aku tak kira lah perkara tuh betul atau tak…aku rasa dai masih tipu aku…tak semena mena aku dah tanamkan dalam fikiran aku yang ilham seorang yang hipokrit! Kalau pon dia bersalah…aku tak rasa dia perlu cakap kat abah yang dia cintakan aku…aku rasa perkara tuh bodoh dan tak boleh diterima langsung….

‘’ilham……I rasa….i taknak jumpa u buat masa sekarang….dan mungkin….kita tak payah lagi jumpa lagi sampai bila bila….mungkin kita patut berpisah…dan I rasa u jangan datang lagi jumpa i…’’

Bersambung….

12 comments:

GrE@+ GuYzZ said...

good point there..
mmg pandai berdrama.. haihhhh.. tua2 pun masih nak berdrama kan..

haha

Henry Yamashita said...

great guyz : drama ni emmang selalu ade dalam hidup plu..memang tak lari..hahaha

Akim Luqman said...

nice gudluck yeah...

ReZai AzLan said...

Terbaik!!!!

Christ Evan said...

dua-dua ego. .isshh.. benci lh.. :D
Im buang je dua-dua skali. .haha .. alternate ending~
sikit lgi crita ni nak abis. . x sbr rasa nk tau penghujung cerita..
Terbaik!!

sayang said...

aku dah agak dah.. tapi aku kesian kat fahmi.. lagi lagi di jst nk sound ilham ending bapak im pasang telinga n dpt tahu semua benda.. kesian fahmi im dia syg engkau.. pergi la kat dia.. bila nxt episod nk kuar??

Frankie Tadius said...

aduiyai......
ade udang di sebalik mee....
feeling2....

Henry Yamashita said...

tunggu episode 17 on monday....ada perkara yang tak disangka2 berlaku....=)

HELMI EMIE said...

monday morning kew night. . . ?
ndak sabar maw tw yg selanjutnya. . .
~peAce~

Dwen Arjuna said...

Wah, semakin best ite ni..mtk2 la Im dapat bersama org yg blh bahagiakan dia..and plz, jgn la sad ending..nanti semua org ingat cinta PLU ni tiada kebahagiaan..

Henry Yamashita said...

episode 17 akan diupload hari ni...saksikan!...

MUHAMMAD.ZAHIRUDDIN BIN ABDULLAH/MAULA RAHAIRUDIN said...

boleh tanya x apa lagu tema blog nie..nice song.