Followers

Tuesday, February 12, 2013

Untukmu Im...[Episode 13]




:: Bilakan Berakhir ::

‘’oitt bro!..lama tak nampak?! ‘’ …Fahmi menyapa bahu Norman sambil melemparkan senyuman kepadaku…..

Ok..masa first aku Nampak fahmi aku terkesima, aku menjenggilkan mata macam aku nampak hantu. Betul ke fahmi yang depan mata aku sekarang? Aku rasa macam tak percaya. Dah almost setahun aku tak jumpa dia. Aku tak tahu die menghilang kemana dan aku pon tak pernah cuba nak carik dia. Tup tup sekarang die depan mata aku. Dan nak jadikan lagi pelik. How come dia kenal dengan Norman Jamal?. Apa hubungan mereka?. Dalam kepala otak aku dah fikir diorang ni skandal. Patut la fahmi tak pernah nak carik aku. Dah dapat yang elok lagi bekerjaya. Kalau aku jadi fahmi pon sah2 aku tak lepaskan si Norman (spekulasi adik-adik!).

‘’eh! Bro!..mana kau pergi?...berbulan tak nampak lu?! ‘’ (tu dia dialog abang-abang coverline!)..norman hulurkan tangan sambil memeluk fahmi (pelok bro-bro kekdahnya! Koserh!). oh. Dari cara diorang ni aku nampak macam diorang takda apa-apa relationship. Mungkin tak lebih dari seorang kawan. (nak sedapkan hati). Fahmi aku tengok senyum je sepanjang masa. Seolah-olah macam tak kenal siapa aku yang kat depan mata dia ni. Orang yang pernah dia sayang (I was once think he love me!). dan paling penting orang yang pernah tiduri aku bukan sekali dua!. Takkan sekelumit pon tiada perasaan sayang tu timbul sedangkan aku dah depan mata dia. Sometime aku pernah terfikir macam orang-orang di sekeliling aku macam berkomplot nak tunggang langgang kan hidup aku. Apa dosa aku pada diorang sampai aku terima macam-macam bende yang menyakitkan.

‘’kenalkan, my new staff bro, Imran.’’..norman kenalkan aku. Fahmi menghulurkan tangan sambil tersenyum. Senyuman manis. Seorang jejaka berkulit hitam manis, berkumis dan berlesung pipit. sekarang dah rambut nipis hamnpir botak. (geletis tengok! rembes) Tatkala tuh dia memakai jaket kulit hitam dan berseluar jeans. Pakai gloves, dan bawak helmet. So I guess mungkin dia merempit naik moto dia. Teringat aku kenangan masa aku study dulu. Kami keluar date naik moto dan aku mengeluh. Mengeluh dalam hati lah. (yelah! Dah pakai cantik-cantik naik moto. Koserh!).

‘’Aku fahmi. Nice to know u bro!’’.  tu dia! Nice to know u bro! dia bro bro kan aku pulak. (loya tekak aku!). fahmi ni hilang ingatan ke apa? Ke die nak jaga reputasi die depan Norman Jamal?. Apa tujuan nak jaga reputasi tuh? Die bukan ada apa-apa. Aku macam tak puas hati tengok perangai kimak dia yang macam baru first time kenal aku. Lepas tuh konon-konon berlagak straight. Yang dulu ko tarah aku tuh apa cer?. Aku pon selamba fake jer. Memandang fahmi depan mata aku. Perasaan sayang yang dah lama menghilang tuh rasa macam datang balik. (mula dah!) aku tak pernah sekali pon melupakan fahmi. Aku silap aku melukakan hati dia. Tapi dia sendri yang tak pernah nak contact aku. Aku nak jelaskan semua bende tapi dia yang refused. Lepas berbulan bulan dia muncul dalam keadaan yang aku sendri tak faham.

’aku pegi Japan bro, aku kursus sana. 6 bulan. Aku pon baru balik sebulan. Now aku balik nak selesaikan semua masalah yang aku tinggalkan kat Malaysia dan ambil balik apa yang sepatutnya jadi milik aku aku menyesal sebab aku tak barang aku tuh elok elok.…’’ fahmi menjawab soalan norman yang lama tertangguh tadi. Tapi anak mata fahmi memandang aku. Sambil tersenyum. Fahmi macam cuba menyampaikan sesuatu dalam ayat dia. Adia anggap aku macam barang?..Aku macam rasa dia nak cakap yang dia nak tuntut aku. (berangan kau Im padahal u r no one to him now!!). Aku malas nak layan sangat apa yang dia cakap walaupon aku faham segala yang fahmi cakap tuh bertuju pada aku. Aku diam kan ja. Aku malas! Kalau boleh aku taknak norman jamal tahu kitorang kenal each other dan aku harap fahmi pon tak bagitahu pasal status kami. Status yang aku sampai sekarang tak tau nak describe. Gantung tak bertali?

‘’eh! why so serious bro?!..btw im. Fahmi dulu my university mate masa sama-sama study do UK. He as my roommate and my bestfriend. dia banyak tolong I dulu masa di sana since he as my senior..’’ norman terangkan kat aku mengenai Fahmi. Norman memang bertambah manis bila senyum. BTw aku taknak tahu pon apa hubungan diorang. And why on earth you have to explain it to me?.
Kami bertiga di meja bulat tuh. So tiada pilhan. Macam mana kedudukan pon fahmi memang akan duduk sebelah aku. Fahmi pegang tangan aku bawah meja. Aku terdiam. Dia meramas dan menggenggam tangan aku. Fahmi dah semakin berani sekarang. Aku tarik laju-laju tangan aku sebab aku memang tak suka buat bende macam tu depan public. (I reserved it on bed!). fahmi hanya tersenyum pada aku. Dari situ aku tauh dai saja-saja buat buat tak kenal kat aku. Mungkin nak sakitkan hati aku. Dan mungkin dia pegang tangan aku sebab dia rindu aku?..ahh!..fake kau fahmi!. Tadi dia buat macam tak kenal kat aku. Sekarang kau pegang tangan aku pulak kat bawah meja. Arghh!...ikatan yang sepatutnya dah terlerai semakin terbelit dan membelit. Membelit leher aku. Aku kembali terjerat.

Balik ke office aku terkenangkan peristiwa tadi. Dari ngantuk terus segar bugar. Aku memikirkan pasal Fahmi. Ahh.,..aku tepuk-tepuk pipi aku! Aku kene sedar! Aku tak boleh buat bende ni effect keje! Aku dah baru mula keje. Under probation lagi. Tak pasal-pasal nanti company ni taknak amik aku keje lepas probation. Masak aku!(takda bos ensem nak cuci mata lagi nanti!).

‘’kau kenapa nok? Bagus tepuk pipit u sikit. wake up..wake up!. Jangan layan bos kau tuh walaupon kacak.’’ Lyn tegur aku dari cubicle sebelah. Maybe die ingat aku fikirkan pasal Norman. Ya norman tu kacak. Tapi bagi aku mungkin die tuh best untuk cuci-cuci mata jer. He is not my husband materials! (matilah kene sambar petir bersuami bagai verangan!).

‘’eyh! Aku ok jer. Aku tak cukup tido sangat. Maybe aku balik lambat sikit sebab sok ade submission’’..aku lemparkan senyuman tawar pada lyn sebab ubat untuk aku skarang ni bukan lah kopi mahupon panadol. Tidor will be the best meds for me for now nak nak lagi lepas aku jumpa fahmi tadi lepas tuh kawan kepada norman pulak. What a coincident is that?. Can’t take it anymore. Its too much! But I have to stay late. Sebab memang banyak keje yang nak kene setelkan. walaupon tak cukup tido.arghhh! aal keje dah stress macam ni!..(berdedikasi katanya!)

Separuh office dah gelap. Aku tengok separuh office aku je masih terang. Kat office aku sorang je rasa. Takut jugak. Aku baru kat sini. Tak selesa lagi dengan environment sini. Tadi lyn ade buatkan aku kopi sebelum balik. Dia tinggalkan notes ..

’’dear, ni kopi aku buatkan!. Jangan keje teruk2! =)’’ - LYN

So sweet. Walaupon mulut longkang mengalahkan mulut pondan tapi lyn memang manusia yang baik. Aku baik dengan dia sorang je kat office ni. Aku macam tak sempat nak kenal dengan semua orang kat office ni. Aku kene carik satu hari yang kurang busy sikit lepak pantry ke kenal-kenal dengan budak office. Dengan Tea lady office pon jadilah!.

‘’still working late dear?’’ satu kucupan siggah kat tengkuk aku. Aku tergamam. Aku ingatkan dah takda sesiapa kat office. Aku pusing. Damn. Norman Jamal! (Korang mesti dapat agakkan its coming kan?!). aku terdiam menegakkan badan. Norman mendekatkan badan kepada aku. Meletakkan sbelah tangan dia kat meja aku sebelah lagi kat bahu aku. Aku jadi gabra. Norman memang kacak. But aku baru lagi keje sini! Aku buntu tak tahu nak buat reaksi apa masa tuh. Norman cuba mendekatkan muka dia kepada muka aku. Macam nak kiss aku pulak!...

‘’oh..dah nak balik ni. Ingat Encik dah balik..ni pon tengah kemas..’’ aku dengan cepat kemas-kemas. Nasib baik keje tinggal sikit. Aku ingat boleh habiskan tomorrow. Aku bingkas bangun. Aku undurkan diri dari kerusi tu. Tak sangka aku! Aku hampir kene sexual harassment (matilah kalau kene rogol kat office denagn bos sendiri!). aku kene kawal diri aku. Kalau ikutkan nafsu aku dah terkam je norman jamal kat situ. Tapi aku kene hormat seboleh mungkin sebab dia bos aku. Aku nak keje lama dan aku dah janji nak keje sini untuk carik rezeki bukan carik jantan!. Aku tinggalkan Norman terpinga pinga. Aku rasa macam kejayaan besar dapat kawal nafsu aku sendri. Aku tak tahu apa akan jadi esok. Tapi aku redha jelah. Hari tuh aku balik terus tido. Sebab aku memang tak cukup rehat. Disebabkan terlalu ngantuk dan letih aku tertido dalam dengan baju keje..

Pagi tuh aku masuk office lewat. Setengah jam lewat.(diva ke tak beberapa hari keje dah buat hal masuk lewat!) Aku pon bangun lewat. Sebab aku terlampau letih. Sampai-sampai lyn dah bagitahu aku Norman nak jumpa aku. Alamak!..aku memang cuak jugak. Lepas apa jadi malam semalam. Aku terus macam jadi segan dengan dia..apa dia akn buat kali ni! Macam-macam doa aku baca sepanjang aku jalan nak pegi ke office dia. Aku ketuk bilik dia. Dia suruh aku masuk dan duduk.

‘’ u just work for few days?! And you are late today?! What kind of manners u bring to this office? Im totally cant accept it?..and look at ur works! All rubbish. I want u re-do everything and I want it on my table before 3pm today! No get out..’’ aku macam terkesima (sentap nok! Semalm nk main hari ni sound aku!) dia macam emosi semacam. Rasanya aku buat graphic work to dah ikut apa yang client nak. Takkan teruk sangat sampai dia boleh labelkan keje aku rubbish?! Ke sebab dia emo pasal malam semalam!. Aku just amik je keje tu balik dan malas nak cakap apa-apa. Aku keluar. Masa tuh malu sangat. Aku junior kat office ni. Dia boleh tengking aku. Memang satu office usha la dari luar. Ni pengalaman aku first time kene marah dengan bos! Aku takdalah nak nangis tapi aku macam sentap pasal semalam lepas tuh patut die yang patut mintak maaf kat aku. Ni boleh pulak dia marah-marah aku pagi-pagi lagi masuk office! Bullshit! (norman nak coverline la tuh malu!). bukan aku nak cerita kat sesiapa pon. Kalau macam nilah perangai si norman. Aku tak rasa pelik kalau jawatan aku ni selalu tuka-tuka orang. Norman norman. Masalah kau ni!

Aku bernasib baik Lyn tolong aku. Mungkin dia tengok aku baru. Die pon takda tanya aku pasal hal aku kene marah tuh alaupon aku rasa satu office dah tauh. Kepochi kat office memang standard lah macam tuh. Tapi lyn tak dapat nak tolong aku semua. Aku pon faham dia ade keje dia jugak. By 1.30pm aku dah siapkan. Aku harap kali ni dia puas hati. Semua orang keluar lunch. Aku siapkan kerja tuh. Siap je aku print trus aku letakkan dalam fail dan letakkan atas meja Norman Jamal. Lepas semua orang balik lunch. Aku tengok norman jamal tak keluar-keluar dari office dia. Cuma ade 2 3 orang client datang die ke bilik meeting. Die pon takda ke meja aku dah macam sebelum ni. Bagus macam ni. Aku selesa walaupon dia dah marah aku. At least aku rasa die layan aku equal macam pekerja-pekerja lain. Ade jugak kebaikan aku elak diri malam tadi. Betol kata mak aku. Dengan niat yang baik. Tuhan aku tolong kita. Dan so far aku selesa.

**************************************************************************
‘’assalamualikum makcik.’’ Aku hulurkan salam dengan buah buahan aku sempat beli masa odw datang ke kampung aliff ni. Aku rasa serba salah kene heret si aliff seklai balik ke kampung dia. Tapi aku rasa die pon tak kisah. Aku baru kerja. Aku pasti akn ade kenderaan sendri nanti. Supaya aku dapat selalu melawat ilham tanpa susahkan aliff. Moto pon oklah,..(bohsia rempit gituh!)

‘’waalaikumsalam…meh masuklah..’’…aku melangkah masuk..mencari-cari mana ilham..aku terus ke dapur…aku terdiam dan terbatu saat aku lihat Yana bersama ilham. Yana menyuapkan ilham bubur. Aku nak mengelak pon dah tak boleh sebab Yana pon dah terpandang aku. Yana hanya melemparkan senyuman pada aku. Aku tak tahu samada yana tahu apa yang jadi antara aku dengan ilham. Ilham aku tengok masih keadaan yang sama macam tuh. Duduk je atas kerusi roda. Mungkin ilham macam dah give up dengan hidup dia. Dia macam putus harapan. Dia ada harapan unutk sembuh tapi seolah olah dia menolak harapan tuh untuk terus hidup.

‘’assalamualaikum yana, how are you, how ilham?’’..aku buat-buat tanya soalan tu pada yana. Yana aku tengok macam dah tak macam dulu. Die hanya tersenyum tanpa jawab soalan aku. Dulu yana seorang yang periang. Happy, ceria. Happy go lucky person. Now she is totally different. Sama macam ilham. Lain sangat-sangat. Yana memegang tangan aku. Dia bingkas bangun. Memeluk aku. Mungkin dia dah tak dapat tanggung perasaan dia. Aku agak terkejut dengan perbuatan dia. Bagi seorang wanita islam yang bertudung, dia tauh batas antara lelaki dengan perempuan.(ke dia ingat aku pompuan? wOmen sangatkah aku?)..aku memahami keadaan Yana. Dia tak dapat kongsi dengan sesiapa. Dia pendam. Air mata dia berjuraian tanpa berkata apa2..aku membalas pelukan Yana. Aku hanya suruh dia bersabar. Makcik Kalsom datang menarik Yana, mungkin makcik kalsom tak selesa lihat Yana memeluk aku.

‘’maaf you. I tak dapat tanggung perasaan tadi. I’m too emotional..’’ Yana terus kearah ilham semula. Memeluk ilham dan meletakkan kepalanya di bahu ilham. Betapa ku Nampak kasih sayang Yana pada ilham. Kasih sayang yang mungkin tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang aku pada ilham. Perasaan aku bercampur baur. Aku cemburu lihat kasih sayang yana pada ilham itu. Masakan aku dapat menandingi kau yana. Tidak mungkin!.

Sepanjang hari tuh aku tengok Yana berkepit je dengan ilham. Kecuali pergi bilik air mandi dan buang air, makcik kalsom yang bawak. Aku jadi cemburu semacam. Aku tidak membenci Yana. Tapi aku benci dengan diri aku sendiri kenapa aku perlu ada di antara Yana dan Ilham saat ini. Kalau lah aku diberi pilihan. Aku takkan memilih Ilham dan nak aku buang jauh-jauh perasaan cinta aku pada Ilham. Dah 2 hari Yana di situ. Aliff cerita yang Yana ayah dia hantar ke luar Negara lepas ilham accident. Tapi dia curik-curik balik ke Malaysia sekali sekala untuk tengok-tengok ilham. Yana masih sayangkan ilham walaupon keadaan ilham dah tak serupa macam manusia. Macam mayat hidup.(sumpah makan hati!).
Malam tu macam biasa Ilham tidor dalam bilik Aliff. Yana tidur bersama makcik kalsum di bilik sebelah. Akhirnya aku dapat luangkan sekejap masa bersendirian dengan ilham. Aku tengok ilham seperti dahulu. Merenung bumbung bilik beratap zink tu. Aku memeluk ilham dari tepi. Aku selimutkan ilham ke paras dada. Akhirnya aku dapat merasai kehangatan tubuh ilham yang kaku itu. Saat aku memluk ilham. Pintu bilik diketuk. Aku bingkas bangun. Yana masuk dan duduk di sisi katil.

‘’maaf u. boleh ke I duduk disini. I nak tengok tengok ilham. I tak dapat tidur..’’ aku diamkan diri. Sedikit kecewa. Jiwa aku agak pedih. Kenapalah aku tak boleh nak luangkan masa walau sekejap pon dengan ilham. Hati aku bagaikan terguris. Tapi aku tak mampu lakukan apa-apa. Aku turun dari katil. Aku ambil bantal dan selimut menuju keluar bilik ke ruang tamu. Aku hiba. Mungkin ini bagaikan petunjuk. Aku perlu undur diri untuk dah keberapa kali. Kisah cinta aku dengan ilham perlu noktah terakhir.

‘’bagai kisah kita yang surut selalu, bilakan berakhir…biarkan aku berundur, jika itu yang tertulis, jalanku tak panjang bersama dirimu…jadikan ia terbaik, kerna itu yang telah kau pilih..biarkan diriku membaa semua….luka…..’’

Lagu shahir, ‘dia yang kau pilih’ dari mp3 aku berkumandang di cuping telinga aku. Aku dapat rasakan mata aku panas. Air mata mengalir dari anak mata aku. Hebat halangan kisah cinta dengan ilham. Semua peristiwa aku dengan ilham terimbas kembali. Semangat hidup ilham telah berubah. Takdir hidup ilham bukan dengan aku lagi, tetapi dengan Yana. Bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak ilham nanti. Aku harus belajar untuk menerima hakikat bahawa aku dengan ilham sudah di akhir percintaan kami. Aku perlu memadam setiap memori indah aku dengan ilham walaupon aku tahu ianya sakit. Kalau ilham akan sihat, biarlah seorang wanita disisi ilham nanti. Kebahagiaan yang aku dengan ilham cuba bina dulu tak mungkin dapat dibina kembali. Kini atau selama manapon kami mencuba. Aku lelapkan mata di ruang tamu itu. Dengan hati yang pedih…’’kini kan berakhir ku takkan berpaling biarkan segala…..’’

‘’walau apa pon jadi, I akan tetap jaga ilham walau sampai hujung nyawa I dia akan macam tuh..dia hidup dan mati I..i sayang dia sampai mati i. tiada apa dapat menghalang cinta kami biarpon mati. I redha kalau takdir I telah tertulis untuk jaga ilham…’’ aku teringat kata-kata yana siang tadi pada aku. Bagaikan satu lagi petunjuk kat aku. Samada aku sayang ilham atau tidak. Ilham telah dimiliki leh Yana. Dan itu kenyataan yang harus aku telan. Aku tertido berendamkan air mata. Aku pon tak sedar aku tido pukul berapa malam tu.

Pagi –pagi lagi aku dah kemas barang seawal selepas subuh. Aku kejutkan aliff untuk balik ke KL. Aku tauh baru sabtu hari ni dan aliff mungkin nak duduk lama lagi kat kampung. Aku taknak aku ada disitu. Biarlah Yana yang jaga ilham. Dan aku pon taknak lagi rasa sakit dalam dada aku ni berpanjangan. Melihat Yana dan Ilham. Mereka sepadan bersama. Dan aku hanya akan menjadi gangguan disitu. Aliff mungkin faham keadaan aku dan nasib baik dia setuju nak balik hari sabtu tu. Yana di dapur menyuapkan sarapan di mulut Ilham. Aku diam. Mungkin dia Nampak aku kat muka pintu tu nak gerak pulang, dia tolak kerusi roda ilham ke muka pintu…

‘’im balik dulu ya ilham, ni kali terakhir im datang ya ilham. Im doakan ilham dan Yana happy selalu, cepat sembuh dan bahagia di sisi Yana ya. Im sayang ilham..’’ aku bisik di ilham. Aku tahan air mata aku dengan pedih. Yana hanya melihat. Aku bisikkan halus supaya tiada siapa yang dengar. Biarlah ia rahsia itu aku simpan antara aku dan ilham..walaupon aku dah tiada ilham. Ilham pasti akan jadi orang yang paling aku sayang. Dan tiada siapa dapat menggantikan ilham dalam hati aku…tiada sesiapa..
saat aku melangkah pergi untuk meninggalkan ilham selamanya…

‘’im..jangan tinggalkan ilham lagi……’’…ilham bersuara tiba-tiba dengan nada tersekat sekat……



Bersambung……

19 comments:

Zhaki Mohamed said...

fahmie sbijik sm nga my ex. huhuhu ilham da bley bsuara. huhuhu xsbar nk tggu episod 14

GrE@+ GuYzZ said...

ok.. mmg drama sangat lar kan ur story ni..
tiba2 plak si ilham ni boleh bersuara..

drama ohh drama..

*cant wait for the next episode..

nice ;)

SANG PECINTA said...

omg x sabar nak tunggu penghabisab cerita nie makin menarik 3 orang jejaka tampan baka merebut seorang apakh kesudahanya.

mior ihsan said...

syukurr...ilham boleh bersuara.....

Christ Evan said...

ilham dh bleh bersuara... cerita ni semakin menarik.. x sabar nk tunggu sambunganya..

eM-mEaNn said...

miracle do happen katenyer.. haha..
cepat2 next chapter..

Akim Luqman said...

ish geram tol dgn norman 2 ingt dia handsome dia blh lah nk gunakan semua org tok lps kan ape yang dia nak. ilham mungkin takdir kau bukan dgn im tp mungkin im blh jadi penguat tok ilham mungkin dgn im berkorban ia akan memberi sejuta makna pada ilham dan yana... ape pon i hope ia satu pengakhiran yang indah..... tok fahmi if u still sygkan seseorg kepercayaan amat penting jgn gunakan alasan apa yang kita nampak sebgai senjata tok kita tak percaya pada org yg kita sy......

harap sambungannya dapt di update secepat mungkin x sbr rasanya nk tau

Henry Yamashita said...

Zhaki : dulur amai yang nak kat ilham..ni skrg ramai dah beralih slera pada fahmi pulak..haha

Henry Yamashita said...

great guyz : hidu ini dipenuhi drama..lagi2 dunia plu..lol

Henry Yamashita said...

sang pencinta : hahahaha...sure ke 2?..bukan tiga lelaki berebut ke?..lol

Henry Yamashita said...

mior ihsan : alhamdulillah..=)

Henry Yamashita said...

christ : tunggu episode 14 tomorrow!..=)

Henry Yamashita said...

em mean : tomorrow!..hehe

Henry Yamashita said...

akim :tuh dia emosi tauh! hahaha..tomorrow episode 14...tpi jagn expect to high untuk pengkahiran yg indah...ia mungkin tak seindah yg disangka..=)

BUTTERFLY BACK said...

u jgn buat yg sedih2 tau...huhuhu...
i dh x larat nk mgalirkan air mata i dh nie...huhuhu
sambung cpat2 tau...
x sbr sngt2 dh ni nk bc episod sterusnya....very nice story...
cayok!!!! :))))

sayang said...

Love the story so much.. cant wait for the next episode...

chrissawahi said...

::Fahmi PC:: ::Fahmi PC:: ::Fahmi PC::
hehe. mmg peminat fahmi dr awal

henry, cerite ok. still smooth flow, tp penulisan cam huru hara sket. i think u missed certain words in some of the phrases. ganggu konsentrasi baru nak amek feeling. hehe

saje je kan nak kuarkan epi 14 on 14th jugak.

:)

Muazz Adley said...

I feel what Imran feels. LOL :3 keep wrting sampai beribu2 cerita. Hahaha

Akim Luqman said...

jgn lah pengakhiran dia x indah sedih nanti