Followers

Tuesday, March 29, 2011

Untukmu Im...[Episode 3]


:: Cemburu!!...Damn It!! ::


‘’Imran…Imran….Im…….’’…sahut suara tuh…dari suara tuh aku tauh siapa yang panggil aku ni…arghh….apa aku nak buat ni…nak buat-buat tido la camni….tapi takkan la orang dah kejutkan aku boleh tak sdar padahal aku baru letak kepala 5 minit…aku dah la penat ni…takkan la malam ni ade orang nak kejekan aku pulak…..

‘’Im…ni I….Ilham….u left your wallet inside the car….tido mati ke dia ni?...xpela….i put your wallet here…’’..sambil letakkan wallet aku kat atas meja sebelah aku….then aku dengar pintu bilik ditutup…fuhh!!..lega….ek ele….wat suspen jer..aku ingat die nak apa-apa kan aku tadi…tapi kalu kene tadi memang tak larat lah…dah la penat puggah barang..pas tuh nak kene perform pulak malam ni!....giler per!....disebabkan aku terlalu letih…aku sampai tak sedar aku tido pukul berapa….

Esok macam biasa aku bangun pagi….tapi badan still rasa letih lagi…nasib baik tak jadi apa2 malam tadi..mesti aku dalam keadaan yang lembik pagi ni….arghh..memang susah nak bangun pagi…siap mandi pakai baju…aku keluar…tengok dah ada sarapan….baguslah!...dengan tak malu nyer aku tarik kerusi kat meja makan….

‘’ Best tido malam tadi?..selesa tak?.....’’…tanya ilham dengan senyuman yang sweet….

‘’ yup…thanks bagi saya stay sini…selesa katil tuh…’’…aku jawab selamba dan dengan muka tembok…

‘’ ermmm..kalau ada orang peluk mesti lagi selesa dan best kan??’’….berani mati ko nak Tanya soalan macam tu yer ilham….kali ni dengan muka yang nakal dia buat….tapi somehow..he looks cute in office attire…sweet….dengan dimple dia….kalau malam tadi jadi betol-betol pon aku tak kesah!...hahaah….eyh…lebih-lebih lak aku…..hahahha….

‘’erkksss……aliff mana?...’’….aku buat buat Tanya dengan soalan lain…eyh..dalam banyak-bayak soalan apsal pulak aku pegi Tanya pasal Aliff tuh??..karang die ingat aku syok kat budak bottom tuh…adoishh!..

‘’’dia dah keluar awal-awal….bf dia amik..dia keje tempat sama dengan bf dia’’…..hahah….mestiker ko nak bagitahu info pasal bf dia tuh? Kununnya dengan harapan aku taknak kat aliff tuh lah…giler ko nak melesi….ish2…simpang malaikat 44…..mampoo?....lepas habis sarapan…dia terus hantar aku kat LRT stesen Kelana Jaya…walaupon sebelah apartmen jer..dia tetap nak hantarkan ke situ…die cakap nanti kene ngorat dengan mamat india kat apartment tuh….eyhh..pandai lak melawak ko kan ilham….

Sepanjang perjalanan ke tempat keje aku…kepala otak aku tak berhenti memikirkan mengenai ilham…he is to sweet…to good to be true…tapi dia tak pernah pon menunjukkan tanda-tanda nak kat aku ke..kalau ada sikit-sikit tuh yang nakal-nakal tuh baisa lah….boys is just being boys….wahh..abih aku ni laki ke pompuan?....masa kat tempat keje fikiran aku still melayang teringat kat dia…aku rasa macam dah ter suka kat dia…tapi ak baru je kenal dengan dia…baru je 2 hari!..tapi aku dah kenal dia kat myspace dah lama….eyh..mana boleh kira mcm tuh…tak aci la..kalu setakat myspace…ramai je lagi orang lain yang aku kenal kat situ…..in fact ade yang lagi closed dengan aku compare dengan dia….

Hari yang sungguh memenatkan….mentang-mentang aku budak praktikal kat sini..suak-suka jer diorang nak bagi keje bertimbun kat aku….learning process katanye…takpela….aku redha jer…boleh gak aku belaja bende yang aku tak belajar kat U….Perjalanan balik memang menyesakkan dada…ramai giler umat manusia kat KL ni….LRT macam tin sardine…ketiak masing-masing dah kuning…nak-nak kalau yang berdiri tuh bangle…nak lagi best duk menadah ketiak kat muka orang lain….arghh!!....bila fikir balik..menyesal pulak praktikal kat KL ni…aku sampai kat kat stesen akhir Kelana Jaya…keluar dari stesen, Ilham dah tunggu aku….alahai….sweetnyer…ala-ala suami menunggu bini balik keje…..(verangan ko kan!)….

‘’ok keje ari ni?’’…ilham tanya aku sebaik jer aku duk kat sofa….kalau boleh aku macam malas nak bercakap….penat giler keje macam ni…..study lagi best….fikir-fikir balik…cepat-cepat lah habis praktikal ni…walaupon aku baru masuk dua minggu keje….

‘’ermmm…boleh lah….penat sikit….saya masuk dulu..nak mandi lah..’’…aku bangun dan blah je dari situ…ala-ala wanita PMS yang emo….aku tengok ilham just senyum jer….comel nyer…hik!....eyh…hati-hati Im…tah-tah senyum tuh ada makna tuh….eyhhh…ala..senyum je pon…ko nak fikir bukan-bukan apsal Im?....setan dan malaikat dalam diri aku berkata-kata….yang mana satu setan yang mana satu malaikat pon aku keliru….lepas je makan malam…aku Nampak ilham keluar rumah…Nampak smart…aku tertanya jugak dia nak pegi mana….(kepoh betol ko kan Im…..ko takd ekeje lain ke salian dari nak jaga tepi kain orang hah?!)..Aku Nampak aliff sorang-sorang lepak…walaupon badan rasa macam penat..tapi macam kesian pulak tengok aliff tuh sorang-sorang….lagi pun sepanang aku pindah…aku tak pernah lagi borak dengan dia….

‘’die pegi mana tuh?’’…aku mulakan perbualan dengan aliff….

‘’ala…biasalah tu…..dating la kot…..’’..erksssss…damn it…dengan tak semena-mena…aku jadi macam tak senang duduk denganjawapan yang aliff bagi…..dah la dating….pas tuh…’macam biasa’ pulak….selalu sanagat ke dia dating…eyh….aku ni jeles ke??..suka hati dialah dia nak pegi mana pon..

‘’eyh..takdalah…gurau jer….dia cakap tadi nak jumpa ex-bf dia….nak pulang barang’’…..owhh….skrg aku dah tauh…dia ada ex…aliff ni sepupu ilham…teringin pulak nak korek cerita pasal background ilham ni….aliff mula bercerita mengenai ilham…owhh..tak pernah aku jumpa orang setabah ilham…ilham anak yatim piatu rupanya….dia anak sulung dari 6 orang adik beradik…emak dia meninggal masa dia umur 12 tahun….sejak tuh ayah dia jaga….malang tidak berbau…semasa dia berumur 18 tahun…ayah dia hilang di laut.......sejak tuh ayah dan emak aliff yang jaga adik-adik ilham….dan ilham tak dapat sambung pelajaran demi menolong membantu membesarkan adik adik dia….walaupon diorang sepupu…tapi aliff dah anggap ilham ni macam abang kandung dia sendiri…….

Owhh…cerita ni betul-betul buat aku sedih….ilham merupakan seorang yang naïf…dari apa yang aku tahu…ex-bf dia sebelum ni selalu ambil kesempatan ke atas dia…mentang-mentang dia baik…..mintak duit…bagi..mintak kereta….siap buatkan down payment…..tapi akhirnya kantoi main dengan orang lain…so ilham ni bengkek la hati dia…..walaupon dah clash….ilham still boleh nak berbaik dengan ex-bf dia tuh….siapa bf dia masa tuh aku tak tahu….yang pasti ex-bf dia memang seorang yang teruk!....

Cehh…aku kutuk-kutuk orang macam la aku baik sangat….yer…walaupon aku ni takdelah angel sangat..tapi aku takda lah sampai nak buat macam tuh….habis madu sepah dibuang….hati aku mula tertarik dengan ilham…hati aku kuat mengatakan…aku perlu mengenali makhluk Allah yang bernama Ilham ni…..(mula dah…..)

Pagi tuh aku bangun..aku tengok ilham takda kat rumah lagi….dan aku agak pasti dia tak balik rumah lagi sejak dia keluar semalam..owhh..mungkin dia dah berbaik dengan bf dia…bisik hati aku….dengan fikiran aku macam tuh….aku rasa macam tak bersemangat hari ni……mungkin sebab aku mula nak menyukai ilham…tapi aku tak tahu dia anggap aku ni macam kawan atau……tahlah…..hari ni aku tak tengok lagi muka ilham….senyuman nakal dia….macam mana aku nak teruskan hidup aku hari ni…(eyh…lebih-lebih pulak!....)

Dah seminggu berlalu….rutin harian aku memang sangat memenatkan..aku tak tahu..bekerja boleh menyebabkan stress dan keletihan yang melampau macam ni….waktu-waktu nak menunggu masuk sembahyang jumaat memang meletihkan..aku lebih suka pergi semnbahyang dulu..then balik tuh baru pergi makan dan terus masuk office… sejak dari hari isnin malam samapi hari ni dah masuk hari jumaat aku tak jumpa ilham…mana dia pergi?..apa yang terjadi kat dia…aku pulak takda pulak call or mesej dia…perlu ke?...yes…as a friend u should mesej or call him….aku pun takda pulak tanya dengan aliff….

Lepas dari semayang jumaat di masjid Al-syakirin, KLCC…aku terus pergi food court KLCC…ramai betul orang time-time macam ni….memang jadi kebiasaan aku kalau kerja macam ni..aku jarang lunch makan nasi…so…makanan macam yong tou fou jadi pilihan aku….aku just berdiri kat tepi sambil mencari-cari kalau-kalau ada seat yang kosong….sunddenly aku namapk satu figure yang amat aku kenali……its ilham….tak semena-mena…aku jadi happy giler!...dengan hanya tengok dia…aku jadi gembira tak tentu pasal..(miang keladi betol!..menggeletis Nampak jantan!)….aku gerak kearah meja dia..dengan harapan nak tegur dia…..dan duduk semeja……

Belum sempat aku sampai…..sorang lelaki yang cantik paras rupanya, elok pembuatannya….comel..jambu……gojes….baju berkualiti suit Armani…jam tangan rolex emas putih (detail tak mata aku Nampak?hahaha)…semua kualiti pon ada…..duduk kat depan dia….aku yang kekampungan..baju belang-belang bitu putih beli kat pasar JB…seluar khakees bundle….rambut serabai……terus menarik muka dan berpusing…perghhh…aku dah feeling-feeling sentap tauh tuh!...ada lagi hot dan gojes rupanya (moral is…jangan nak berangan sangat ko paling cantik kat semesta ni!)…siapa lelaki hot tuh?..BF baru dia ke?....aku duduk membelakangi jauh dari diorang….tak sanggup aku nak tengok tah-tah kalau ada adegan suap-suap….waaaaaaa!!..benci…aku benci perasaan ni!!...(sah-sah ko jeles kan!)….

‘’eyh…Im…kenapa tak join saya tadi kat meja sana?’…ermm…by the way…this is Samsul..’…ilham menyapa aku dari belakang….owhh..samsul nama mamat ni…dari dekat lagi lah hot…segan aku…dah la aku comot….samsul tuh senyum sinis je kat aku….yela-yela…mentang-mentang aku tak hot macam ko…tak payah la nak sinikal macam tuh…

‘’oklah…I nak gerak dulu….later we meet keyh..take care…’’..ilham just beredar dari situ…dari jauh aku Nampak ilham duk senyum-senyum dengan samsul….ngumpat aku lah tuh!...Aku balik office dengan perasaan yang bercampur baur…happy sebab dapat jumpa dengan Ilham….benci sebab samsul tuh dengan dia….and they seems very happy….aku dah cakap dah..aku mampu berangan jer…maybe tuh BF baru dia….or ex-bf dia?...tahlah…aku tak mampu nak fikir….kadang-kadang aku ade terfikir kenapa aku nak cemburu terlebih…sedangkan dia hanya kawan yang membantu aku…dia tak pernah menyatakan perasaan dia pada aku…dan aku baru sangat-sangat kenal dia!...kenapa aku perlu cemburu??..itu terpulang kepada dia nak keluar dengan siapa yang dia suka…including his own BF!

Sepanjang kat opis aku fikri pasal peristiwa tengah hari tadi…aku balik pon dalam keadaan yang tak bermaya….letih satu hal…..pasal ilham nip on satu hal…arghh!!..stupid ko ni Im!....dah lah tuh….apsal otak aku ni!!....aku bukak pintu….takda sapa-sapa kat rumah….including ilham…macam biasalah….dah alang-alang takda orang kat rumah….hati aku jahat termasuk kaki aku jahat jugak…nak melangkah kea rah bilik ilham….tangan aku tiba-tiba jahat….buakk pintu bilik dia…..taktu pulak…first time aku ceroboh bilik orang…..ermmm…wangi bilik dia….kemas…biasalah PLU..eyh….jap…bilik aku dah kemas ke belom eyh bangun pagi tadi…no wonder takde orang nak kat ko Im…ko serabai!....

Barang-barang dia tersusun…dinding color grey gelap….katil dan furniture color putih…(casa impian sangat!)….baju tersusun pada tempatnya….elok lipatan…lurus jer…(ko gune pembaris ke lipat baju??)…aku tengok ada frame-frame gambar kat meja….nampak ada pasangan dengan 6 orang budak kecik.…mungkin arwah parents dia dengan adik beradik dia kot….sedang belek-belek…aku ternampak…gamabr dia dengan samsul!..wth!!..arghhh….mesra nyer…..benci aku!...menysal aku masuk bilik tuh….akujugak yang sakit hati….aku terus keluar dari bilik…siap mandi aku masak…sebab aliff overtime…aku masak sardine, sayur dengan telur dadar……tak lama lepas tuh aliff balik……dia terus letak beg terus ke meja makan…..mungkin lapar dan penat sebab overtime….

‘’aliff….i nak tanya sikit la…..u kenal samsul kawan ilham?’’…..aliff terhenti makan dengan soalan aku….

‘’errmm…..i think u better ask ilham…..’’….balas dia sambil tersenyum….hmm…lagilah macam-macam yang aku fikir…kalau dah aliff sendiri suruh aku tanya ilham sendiri…samsul mesti someone yang penting dalam cerita ni….haishhh…..resah je hati aku…mungkin aku dah mula sukakan ilham..tapi bila jadi macam ni…aku mula was-was dengan perasaan aku sendiri….aku taknak merosakkan kalau-kalau dia dah ada someone….

Sedang aku mengelamun kat atas katil…aku dengar orang bukak pintu bilik…(eyh,…aku tauh la aku menumpang….takkan suka-suka ko jer nak masuk bilik ni!)….jap-jap…yer..wallet aku ade bawah bantal…and…guess what happen next!...aku rasakan kehangatan tangan lelaki memegang pinggang aku….arghhh….aku jadi neves….keliru…aku just buat-buat tido jer…betol ke ni…ke aku cuma mimpi….tangan tadi yang memeluk pinggang aku mula merayap ke bahu dan bahagian belakang aku….yes….i’m comfirm…this guy is totally want something from me….arghh…being gays…dalam keadaan macam tuh memang sangat menggairahkan….bila aku dapat rasakan kehangatan bibir di belakang leher dan cuping telinga aku…..aku jadi gelisah….dan nafsu aku makin develop…

‘’ saya tahu awak belum tido….Im………………’’.sambil menghela nafasnya ke telinga aku….apa yang aku perlu lakukan??..walaupon ini bukan kali pertama….aku jadi takut dan rasa keliru masa tu…suddenly aku aku berpusing dan menghadap seraut wajah…………………


Bersambung................

Sunday, March 27, 2011

Untukmu Im...[Episode 2]


:: Sweet Ilham...budak myspace ::

Aku tak tahu apa perasaan aku masa nama dia keluar kat screen phone aku…macam-macam yang aku fikir…eyh…jap-jap….apsal aku nak fikirkan sangat pasal mamat ni…padahal aku baru kenal dia…aku tahu nama dia jer..aku tak tahu ap background dia…apsal aku nak lebih-lebih pulak??..apsal aku feeling-feeling terlebih ni??...suddenly aku blushing…wth!....aku take time gak nak bukak mesej yang dia bagi tuh…ahhh…bukak jelah….what is the big deal pon..kalau dia nak carutkan aku pon…pedulik apa aku…

‘’’ sory lmbt..abg ade hal cket td..hehehe…abg lelaki normal la dik…nk kwn x bleh ke? ’’’ :: Fahmi PC::“” :: 12.15am, 10/01/10

Ohhh!!shit!....damn it!...suddenly aku rasa malu nak mampos…mesti dia tahu aku ni gay!...masa tuh aku tak tahu nak reply apa kat dia..perlu ker aku nak reply?..sedangkan dia tuh sah-sah str8…but..banyak bende yang bermain kat fikiran aku…kenapa dia nak mesej-mesej aku?..sedangkan aku ni lelaki yang pada luarannya memang Nampak normal….ke dia ikhlas nak kawan dengan aku?….damn!..apsal aku still fikir pasal dia!!...arghhhhhhhhhhhh!!!...

Seingat aku masa tuh memang susah aku nak lelapkan mata…aku fikirkan pasal dia jer….senyuman dia..lesung pipit dia…mata dia…rambut dia…….semua pasal dia….kadang-kdang fikiran aku yang jahat ni ada jugak fikir…best nyer kalau dia ade sebelah aku sekarang ni!!..hahah…last-last aku x reply kat mesej dia…dia plak takde plak mesej aku balik apsal aku tak reply…takpela….mesti dia ingat aku dah tido..pasal dia jugak yang lembab sangat reply mesej aku dulu…..tido lagi sedap!

*******************************************

‘’ ilham!...where are you?..it’s been a week I try to call you??..why did you do this to me??..kalau u dah tak suak kat i…just tell me!..apa salah yang I dah buat kat u?..”” bentak hati aku kat boyfriend aku yang dah suam-suam kuku sayang kat aku….nasib baik dalam phone..kalau depan aku ni…memang drama lah kat depan-depan orang…tu pon orang kat café tuh dah duk usha-usha daring kat aku….

‘’erm…maaf im…I ….i……..tuttttt….’’(call ended)….owhh!!..fark!...aku baru topup..takkan dah abih kredit!...aku tahu mesti yang yang sajer putuskan call tuh…fine then!...kalau dia nak teruskan buat peranagi macam ni…aku tak kesah!.....hmmm..tapi dalam hati aku….ada nama dia jer…aku sayangkan ilham lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri….dulu aku sibuk cakap kat orang..bodoh-bodoh kan orang bile people easily be stupid once fall in love…now…kene kat batang idung sendiri…so ko hadap la im!..

Hubungan aku dengan ilham mula 2 tahun lepas…actually…aku memang ada kenal-kenal dia kat myspace…just chat-chat…berkawan macam rakan-rakan chatting yang lain…so..memang tak melibatkan perasaan langsung….nak dijadikan cerita…masa tuh aku kene praktikal 3 bulan lebih kat KL…actually..aku ni budak kampong…memang tak biasa pergi ke bandar-bandar besar macam KL (kolot sangat kan!)…pastu pulak aku ni memang gatal mengada-nagada nak praktikal kat KL..tmasa tuh aku stay kat cawangan KL university aku kat wangsa maju.…the first week aku kat sana…aku dapati diri aku dilanda kebohsanan…ap guna kalau aku duk KL…tapi hari miggu pon aku duk erperap kat bilik…

So..aku dengan secara tidak sengaja terajak ilham jumpa kat KLCC…(tak sengajalah sangat)....dating ke?...ermm….aku rasa takde niat kot…just nak ajak lepak-lepak…friend to friend talk….i guess….Dia setuju jer…percaya atau tidak…masa aku ajak si ilham ni date…kami masih belom exchange phone number lagi …we contact using myspace!...gegeh ke tidak?..hahaha…

Pada hari sabtu tengah hari..kami berjumpa kat tempat yang dipersetujui…KLCC…yelah masa tuh mana ade pavi lagi…ke aku yang tak tahu??...so..KLCC would be a place yang senang aku nak pergi since aku takde transportation…public transport jelah…senang…naik lrt jer…kami janji nak jumpa dulu depan auntie anne kat level bawah…aku sampai dulu…damn it!..aku ni pantang sikit kalau aku yang kene tunggu orang…kalau orang yang tunggu aku..aku tak kisah..hahahhaa…..tapi oklah…tak lame lepas aku sampai…dari jauh aku dah Nampak dia…well…alang-alang aku scanning-scannig kat sana…tiba-tiba tenampak dia…

First time aku Nampak dia masa tuh…im kinda feel like a vibration inside me….butterfly in my stomach?...suddenly aku jadik neves (apa masalah aku ni selalu sangat neves??)….dai pakai baju kemeja color biru..rambut spike…kulit gelap sikit...badan takdalah tinggi sangat…but just nice I guess….(senang cerita kalau adik-adik Nampak mesti menggeletis!...abang-abang chuols!)…

‘’hai…saya ilham…panggil ilham..awk im?’’…sambil dia hulurkan tangan dia…duhhh!!,buat-buat tak kenal pulak..sah-sah la aku paling hot kat sini…sape lagi!!(verangan lah ko!)..biasalah…gays…memang kalau dress up..dialah paling cantik dan vogue kat situ…kalau Nampak yang lagi advanced..terus nak jadikan rival or musuh…so tipikal kan?..,,sia ni macam ala2-ala tipikal konon-konon macho….jap..jap….dia cakap apa tadi??..saya??awak??...yeah rite!...sebelum-sebelum ni kalu chatting guna aku kau jer…suddenly ko nak feeling-feeling bersaya awk plak!

‘’’kita nak pegi mana ni?..awak dah lunch’’ dia Tanya aku….

’’errr….errr….’’…aku tak tahu nak bagi reaction ok….pehal aku ni sengal sangat pegi nak neves plak..sah-sah dia gelakkan aku dalam hati…..argh!!....

‘’..laaa…malu-malu pulak……ok lah..kite makan kat luar…dalam ni mahal-mahal…kalau makan gerai ok tak?...what?!!...aku cantik-cantik…vogue-vogue macam ni ko nak ajak aku makan gerai??..ke ko tak mampuu??..(dah la ko ajak keluar..ko ada hati nak makan mahal-mahal ye Im…sah-sah ko budak kampong yang taj sedar diri Im!!)…..

‘’boleh je…saya tak kisah nak makan mana-mana pon…hehe’’….kannn..plastik sangat jawapan..padahal kalau boleh nak makan kat restoran bepusing Kl tower…..

Last-last kitorang just pusing-pusing KL jer…sampai la lewat petang tuh…aku pon masa tuh takdelah lapar sangat…pasal pagi tuh aku dah breakfast…..dia banyak la cerita pasal diri dia…pasal business dia…kalau nak tahu dia keje wat business MLM!!!...nasib baik dia tak demo kat aku…kalau dia buat tadi…aku suruh dia balik naik LRT…(walaupon kereta dia!!.. mampuu??)…aku kalau orang cerita-cerita MLM dengan aku memang selalunya aku dah bahasakan….aku memang anti sikit bende-bende macam ni…tapi…aku tengok dia pakai kancil jer….harap cerita jelah…hahahaha

Lepas abis round-round…dia ajak aku makan….mula-mula dia ajak aku makan kat satu kedai kat cheras…..Q Bistro….tempat port lepak gay katenya…ade aku kisah?....tapi aku macam malas nak pegi jauh-jauh..kalau boleh nak makan area-area hostel tempat aku tinggal tuh…so dia ajak aku makan kat Restoran sate RK kat Setiawangsa…tengah-tengah makan…dia tanya aku praktikal mana….so aku cakap jelah aku praktikal kat area KLCC….dengan tak semena-mena…dia ajak aku stay dengan dia…kat kelana jaya….dia kata rumah dia ada bilik kosong…..(yeah rite!!...ikhlas la kan dia nk ajak tinggal…fishy sangat!)…yelah….dari aku nak ulang alik dari hostel tuh nak keluar susah carik transport..belanja hari-hari kasar….dia cakap rumah dia sebelah je LRT….senang direct to KLCC…actually logic jugak kan….but aku tak terus cakap okeyh…jangan nak buat gila…aku baru kenal dia..buatkan nanti dia jual aku!...lepas habis makan memang terus dia hantar aku balik……….

Lebih kurang 45 minit lepas tuh…dia mesej aku….(yeah..finally we exchange phone number)

‘’’’ tanx tman sy jlan2!,,,nice to know u…hope this is not the last one…I want to know more about u..n plez consider my offer…nite n sweet dream hunn!! :: Ilham Myspace::“” :: 11.18pm, 06/05/08

Hunn??..jadah haram mende tuh??...hunny la kot?...ko hengat sweet la cakap camtuh kat aku??...ker hunnjeng??...tak kot….hahahhaha….tapi mesej yang dia bagi tuh sedikit sebanyak buat aku dibuai perasaan aku sendiri…why he is being so sweet after this while?..selama ni mesej-mesej kat myspace…kau aku jer...tak pernah ber saya awak….hunn lagi!...

‘’’’orite…sy yg ajk awk kluar kn…I will tell u as soon as possible….nite n sweet dream also!..muahxx’’’:: to Ilham Myspace::“” :: 11.25pm, 06/05/08

Hehe…boleh tahan jugak miang aku ni..siap muahxx segala..sajer test…buat masa tu…aku tak tahu nak terime atau tidak….aku dapat rasakan…kalau aku stay dengan dia…adakah aku akan terlanjur dengan dia?...tapi masa tu aku single…sapa nak marah aku??...skandal pon takde…sob..sob..sob…that time..rasa macam excited jugak sebab kenal dengan someone yang seems very nice and sweet..(amaran!!…jangan percaya sangat PLU KL)….yelah…adik-adik verangan…pantang orang bagi perhatian…gedik lah kan…

‘’’’orait…nite baby!...muacchhh back!!’’ :: Ilham Myspace :: 11.29pm, 06/05/08

Baby lah pulak….saja jer kau nak main-main dengan perasaan aku kan…mentangt-mentang aku ni mudah melting…suka-suka ko jer nak berbaby ber hunny!...arghh…persetankan jelah…aku call mak aku lepas tuh…try Tanya dia…kalau aku pindah duduk dengan kawan…dia bagi ke tak..(yer..walaupon aku sudah berumur 23 tahun….aku tetap ada masalah dalam membuat keputusan…dan mak aku merupakan penasihat rasmi aku….actually mak aku tak kisah…dia ada jugak nasihat supaya jangan mudah sangat percaya kat orang….oklah…kalau gitu….i’m decided untuk moved in to stay with ilham…..

Keesokan harinya….aku call ilham bagitau aku setuju untuk stay kat rumah dia sepanjang aku praktikal kat KL…yeah!..if you wanna know…he is fucking excited….i can feel he was jumping around that time…(Nampak sangat ko ade niat kan ilham!)….dia kata…dia boleh amik aku petang tuh jugak…tapi aku kata…aku kene uruskan untuk keluar dari hostel tu dulu…hari tuh hari ahad…dan office tutup..kene tunggu keesokan harinya….we planned…dia akan amik aku pukul 4.30pm esok..(yes..aku tak masuk praktikal petang isnin tuh lepas lunch aku terus cabut…problematic sangat!)…tapi aku ada call office kata aku ada emergency dan akan ganti waktu yang aku ponteng tuh….

So…petang tuh…dia tolonglah angkat barang-barang aku sekali....nampak la urat-urat kat tangan dia…merembes la jugak….(pervert ko Im!)….terfikir gak…keje MLM…tapi ada jugak urat-urat kat tangan…ko MLM jual peti ais keapa?...tapi buat-buat tak Nampak…taknaklah obvious sangat kan…orang dah tolong ikhlas..aku sedap-sedap pulak nak cuci mata tengok dia kan….(tapi ade jugak jelling-jeling manja sekali sekala..haha!)….

Sepanjang perjalanan ke rumah dia..dia senyum jer….tak banyak sangat berborak…macam-macam aku dah fikir masa tuh….am I doing the rite thing?...seorang anak kampong pergi ke Bandar besar macam KL ni…kalau tak pandai bawak diri..mesti kene tipu hidup-hidup….tah-tah dia nak jual aku ker…or nak rompak aku ker…tapi secara logiknya..ap lah yang aku ada….dalam wallet pon ade syiling je lebih….so teori kene jual might be teori yang paling kuat masa tuh…scaryyy uols!!

’’’ don’t worry…saya ikhlas tolong awk…you are new here…it’s better ada orang yang baik macam I tengok-tengokkan u…’’’ tiba-tiba dia bersuara….aku hanya mampu senyum jer that time….but…apa yang dia cakap tuh mampu meredakan sedikit kerisauan aku..plus…it sound so sweet….yes..he is a sweet talker…apa yang dia cakap…boleh membuatkan sesiapa jer cair…tambah lagi dengan senyuman dia yang manis tuh…hiks….tapi aku tetap angkat salah satu beg tu…

Lebih kurang pukul 10.00 malam sampai rumah dia kat Kelana Jaya…disebabkan traffic jam oleh orang balik keje dan pergi makan malam terus…so sampai agak lewat…..sampai jer..die suruh naik dulu…dia tologn bawakkan beg naik atas.….(baik punya bodek!..ko nak hape ha?!)…yes…memang dekat dengan LRT…about 5 minutes walk from the apartment…aku Nampak ada sorang mamat tinggal dalam rumah tuh jugak….aku fikir….BF dia kot….

‘’’hye…I aliff..sepupu iham…’’..sambil hulurkan tangan dan tersenyum…dari cara dai bercakap…aku dapat agak dia satu dunia dengan aku…die memang seorang yang hot….berkulit cerah….hidung mancung terletak…bermata coklat…walaupon rambut dia brown ala-ala kene simbah asid beracun….tapi tetap tidak menjejaskan kecomelan dia….(he is totally a bottom!)…but…dia baik…tak sombong dan peramah….nasib baik dia tak macam sesetengah yang sombong dan kekwat tuh….katanya diva tak becampur dengan orang kampong….ahahha…

‘’’this is ur room…the owner before further study kat utara …awak duk la kat sini sepanjang awk praktikal ni….and its free…hehe’’’’..cakap ilham sambil bawak masuk beg aku tadi…

Free?...betol kea p yang aku dengar ni?...aku memang suka kalu dengar bende free…ke kene bayar dengan cara lain?...wah!..taknak la aku macam ni….tak pasal-pasal jer….

‘’’eyh..takpela..kita sme-sme bayar….it’s better…if it is for free…im might uncomfortable later’’…malu-malu kucing pulak aku kan…walaupon!……

Disebabkan terlebih penat….lepas aku mandi….aku terus masuk dalam bilik…nasib baik ada katil...tu pon aku dah kira bersyukur…mata ngantuk…tapi susah nak tido…aku tido membelakangi pintu jer…suddenly…aku dengar pintu bilik aku dibukak!...alamak!...aku dah cemas…habislah aku malam ni….kene kekah….tiba-tiba..satu tangan menyapa bahu aku sambil sebut nama aku…farkk…sapa plak ni….ilham??.. alif??...

‘’….Imran………………..’’

Bersambung...............


Friday, March 25, 2011

Untukmu Im...[Episode 1]



:: Fahmi PC…Abang ke? ::


Tretttt…trettttt…..tretttt….bunyi vibrate phone pon aku boleh terjaga. Jadi seorang student yang banyak berjaga di waktu malam buat aku susah nak bangun pagi especially nak bangun sembahyang subuh…

‘’mane plak phone ni!’’....aku seluk bawah bantal. Memang dah jadi kebiasaan aku letak phone kat bawah bantal. Senang nak bangun pagi..tu pon insya’Alalh kalu terjaga…ahaha…sapelah mesej aku pagi-pagi ni…..

” Samat pagi Im…semoga hari ni Im ceria di hari baru…=).. :: Fahmi PC::“” :: 6.05am, 20/04/10

Haishhh…aku dah agak dah…memang budak fahmi ni…tiap-tiap ari dialah yang mesej aku pagi-pagi buta ni...fahmi ni memang bagus…kadang-kadang die call aku suh bangun sembahyang subuh….kadang-kadang aku bangun….tapi most of the time aku tido balik..apa nak jadilah dengan aku ni…finally aku tido je terus…..

Pagi tuh aku bangun dah nak tengah hari…dalam pukul 11 .00 pagi…apa nak jadi lah anak dara bangun hari dah tinggi ni,,,masalahnyer,,,anak dara ke aku??..hahah....sambil aku golek-golek tu…fikiran aku menerawang teringat balik macam mana masa aku mula-mula kenal dengan fahmi….Actually…fahmi tu pangkat abang kat aku…dia tua 3 tahun dari aku….tapi disebabkan aku ni memang susah nak paggil orang abang …in fact abang kandung aku sendiri aku pon panggil name jer…

Aku kenal fahmi ni masa tuh ade PC fair kat Universiti aku..aku ni student kat salah sebuah university terkemuka kat selatan tanah air…so faham-faham jelah…menjadi seorang student memang selalu tak cukup duit…ikat perut…makan megi…kadang-kadang megi pon pecah empat…saving katenyer….

Tapi the best part is bile awal-awal sem mesti bayak fair yang ada…PC fair la…Book Fair la…so banyak la kedai-kedai dari luar yang bertandang kat U bukak booth…diorang ni pandai…al maklumlah…awal- awal sem…JPA dengan PTPTN baru masuk kan….so student-student yang tengah kaya raya ni pegilah ‘tabur’ duit kat diorang..yang peliknya…kadang-kadang duit tuh x tahu beli apa..duit abih…barang tak nampak…

Aku ni comel orangnya…bukan nak memuji diri sendiri…kalau pegi mana-mana…orang suka tengok tengok aku (adik-adik verangan sangat)…so confident tuh lebih sikit …being good looking gay everyone could watching you..rite??..Kebetulan masa tu..aku fikir nak upgrade la RAM kat PC aku yang super very the slow ni…memang tepat pada masanya PC fair tu ada…so pegilah jalan-jalan kat PC fair kat dewan besar Universiti aku ni…

‘’ dik..carik apa dik?’’…sorang pompuan yang jaga booth tuh tegur aku...’’ermm…nak carik RAM la kak…ade harga promosi tak?’’…

aku ni gay..so memang suka scan orang lah kan…sambil aku cakap tuh..mata aku menerawang jer…yelah..buakn senang nak tengok mamat hot keluar bilik..macam biasalah…mamat-mamat hot selalu kat fakulti mechanical…mans playing with oils..hots!...Tiba-tiba mata aku tertangkap satu figure belakang booth tuh…dari pengamatan aku…aku dapat pastikan die ni keje dengan owner booth ni..repair-repair PC la kot pasal aku tengok die tengah godek-godek CPU..masa tuh memang aku da tak dengar ap kakak promoter tuh cakap..mata aku leka pandang mamat tuh….dia tinggi, kulit sawo matang, hensem??...nahhh…boleh la..tapi aku lagi ensem la..sure-sure la kan….

Dalam fikiran aku fikir…die ni mesti da ade awek…tapi aku dapat rasa something sangat dengan dia..macam biasalah..PLU…scanner die memang dapat detect makhluk-makhluk seangkatan. Tengah leka-leka aku tengok dia..tiba-tiba die angakat kepala dan tengok aku pulak…senyum lagi tuh…(perasan lah kan..padahal memang keje die kene senyum kat customer)..tak pasal-pasal aku neves…pehal plak….aku super confident…neves plak….die bangun dan terus menuju ke arah aku…lagi lah aku neves mase tuh….

‘’dik..nak carik apa dik?..kakak ni baru keje..so apa2 adik boleh tanyer abang’’…

Abang??...erkss…WTH...x penah plak ade orang nak bahasakan berabang-abang bagai dengan aku…

‘’saya nak carik RAM jer…nak carik 4Gig kot…sebab saya banyak guna software untuk rendering dan graphic…so nak RAM besar sikit…tapi nak survey je dulu kot..hehe’’….

Yang peliknya dia tak cakap apa-apa pon…die amik satu flyers atas meja dan terus bagi kat aku…so I guess die malas nak layan la kot pasal aku kate nak survey je dulu…aku pon berlalu pergi dari situ...aku fikir masa tuh…’’Kekwat sungguh ko kan!’’ (monolog jer..giler ko nak carut depan-depan)…masa aku dah tiba ke tangga dewan…tiba-tiba……

‘’dik!!,,,dik!!....ermmm….ni business card abang…kalau perlukan apa-apa…call la..’’…sambil tunjuk isyarat call guna tangan dekat telinga dia…aku mampu senyum-senyum keliru jer mase tuh…aku tak tahu apa yang aku rasa…ni siap bagi kad segala…die nak apa sebenarnyer…ke aku jer berangan lebih…yelah…adik-adik baru nak up memang macam ni…asal ada orang tengok…sah-sah fikir orang tuh minat kan……

Petang tuh aku balik bilik…sambil pegang business card…tuh…aku tengok nama tertera kat situ…

Mohamed Fahmi Hisyam b Rashid

+6012-7*****9

Nama dia sedap pulak,..dari mana la mak bapak dia dapat nama tuh bagi die…da la name sedap…ensem plak tuh kan…actually…masa tuh aku agak confused….die cakap kalau aku perlukan apa-apa suh call dia….adakah itu merangkumi sehingga ke…..tetttttttttttt…….hahah..just kidding….ala..keje macam tuh..mesti la nak laku kan barang-barang…tapi apsal nak gegeh sangat siap kejar bagai semata-mata nak bagi business card…padahal aku dah amik dah flyers tuh yang terang-terang ade nomo kedai tuh…hati aku memberontak suh call…or msj…or..doing nothing…..or…wuteverlah…

Eyh…apsal aku nak fikrikan mamat tuh sangat??...padahal sebelum ni ramai je lagi jejans hot yang aku penah terserempak….tapi apasal aku rasa lain this time??...part of me suruh call….and another rpart of me cakap…u don’t do something like this…ahhhhhh……why not I give it a try!...but…nak call ke msj eyh??...

Truttt….truttttt….truttttt….trutttttt…….(call ended)….misscall jelah….hahaha…cuak pulak…tak lama lepas tuh masuk a massage hit my inbox….dia ke eyh??..tak kot….sambil tuh aku tekan button open nak tengok sape mesej…..aku sangat terkejut dengan apa yang terkandung dengan isi mesej tuh...dan agak membingungkan…

‘’ hye there…ni adik yg cute yg dtg kedai abg siang td ke?..=P….’’:: +6012-7*****9:: 10.32pm, 10/01/10

WTF!....taknak psiko pulak kan….pehal mamat ni boleh tauh aku pulak??..ke die memang suka suki bagi business card dia kat semua mamat-mamat yang dia rasa cute??..adeshh….apa aku nak reply eyh…malas la aku nak reply (kekwat sangat)….lebih kurang 15 minit lepas tuh masuk lagi satu mesej….

‘’ laa…x reply plak…takut yer??..xpe…abg x mkan org…hehehehe….’’ :: +6012-7*****9:: 10.46pm, 10/01/10

Alamak…mamat ni pehal pulak ni…perlu ker aku reply mesej dia ni?..alaaaahh..reply jelah…aku tak rugi apa pun…main-main je kan….hahaha….mana tauh boleh buat stok geli-geli jer…..

‘’eyh…xdelah…td g mandi jap…knal ke sy yg mane?..cmne bleh tau?’’ :: send to +6012-7*****9:: 10.48pm, 10/01/10….

Alasan jer..padahal kalau nak ikutkan mane lah cukup 15 minit aku mandi…..kurang-kurang pon aku mandi sejam..(wahh!...tak kecut pulak kan mandi sampai sejam!)... biasalah…PLU...set mandi sah-sah 5 6 jenis kan…..mesej-mesej aku berterusan dengan dia…..

Fahmi PC : owhh….abg ingat awk takut td…nama sape? dah dinner?

Aku : dah td…dgn kwn..blik dr PC fair terus dinner….sy Imran..call me Im..

Fahmi PC : orait Im..sok dtg lah lagi…bwk CPU…bleh abg wat service…free!!

Aku :ermm…x pat kot…ade class full day la sok….

Fahmi PC :laaaaa…..sedihnyer…sok last day tau…=(

Aku : ala…kana de nomo phone ni…hehehe

Fahmi PC : mana sama dgn real punyerr……

Aku : ap bende yang sme nye?..

Fahmi PC : awklah!...=)

Aku : eyh….awk ni gay ker?....

Disebabkan kelancangan mesej aku yang puaka tu…lama aku tunggu die nak reply mesej. Sejam jugak aku tunggu… macam-macam yang bermain di benak fikiran aku ni….betul ke tindakan aku dengan Tanya soalan killer camtuh??...baru 5 6 mesej…dah tanya…apa dia rasa?..tekejut??...blurr??..suddenly…masuk satu mesej…..nama yang keluar….Fahmi PC……….

Bersambung...................