Followers

Sunday, February 17, 2013

Untukmu Im...[Episode 15]



:: Harga Sebuah Tangisan ::

’what the fuck are you doing guys?!’’…Aku tersentak, tersedar terus aku tolak Haziq…Fahmi? Fahmi nampak marah dan berang! Fahmi datang dan terus menumbuk muka haziq, dia tolak haziq ke tepi..dan menuju ke arah aku dengan muka yang bengis..Fahmi mengenggam tshirt baju aku..aku dah jadi cuak..dengan orang yang macam Fahmi tuh. Besar dan gagah. Sure-sure aku kalah kat dia. walau macam mana pon aku ni lelaki (laki ke?)..aku kene pertahankan diri walaupon aku dah kantoi bodoh. Fuckk!...apsal aku stupid sangat pegi terima kucupan dari Haziq?..aku dah ade ilham ..aku dah ade Fahmi..apa lagi aku nak sebenarnya?..kau pelacur im!..

‘’err…abang!...ermmm…im tak sengaja..i’m so sorry….’’…aku tak tahu macam mana aku nak explain diri aku sendiri. Sudah terang lagi bersuluh memang aku salah. Tapi bukan aku yang mulakan. Haziq yang mulakan. Aku tengok haziq masih duduk kat batu. Mengelap darah yang keluar dari bibir dia. mungkin pecah bibir dia kene bantai dengan Fahmi. Dengan tangan fahmi sebesar tuh. Kalau aku kene memang pengsan. Fahmi masih menggenggam baju aku. api kemarahan memamng nampak kat mata dia. aku rasa dia memang sangat marah that time. Kalau aku nampak dia kissing dengan orang lain pon aku rasa marah. Tapi aku sendiri tak tahu apa status relationship kami. I thought it is over all this while walaupon Fahmi tinggalkan aku tanpa jawapan yang pasti. But that is not a reason aku boleh kiss haziq..aku salah…

‘’bukkk!’’..satu tumbukan singgah kat pipi aku…tekeluar air mata kau kene tumbuk dengan Fahmi. Aku bangun! Aku cuba tumbuk dia. tapi of course fahmi sempat pegang tangan aku. tumbukan aku menjadi lemah. Dengan tak semena mena aku jadi benci sangat-sangat dengan fahmi. Aku tahu dia panas baran. Tapi kalau dah sampai tumbuk aku. apa hak yang dia ada nak buat macam tu?..aku lover dia? aku mengalirkan air mata. Bukan sebab aku sedih. Tapi perasaan benci aku seakan menebal pada Fahmi! Dengan emosi dia yang dia tak dapat kaal. Main terjah aku macma tuh je…dia ingat aku ni bini dia ke apa?

‘’aku buat macam ni sebab aku sayang kau im!..kenapa kau buat aku macam ni im!??! Tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi kau?...dengan ilham aku faham. Dengan haziq apa alasan kau??!’’ sedikit demi sedikit fahmi melepaskan genggaman dia kat baju aku. aku masih pandang straight kat muka dia. dengan anak mata yang tajam. Aku dengan fahmi bertentangan mata macam musuh lama yang dah lama tak jumpa and nak setelkan for the last time. Aku malas nak buat drama kat kampung aku sendiri. Kalau kantoi memang masak aku kat parents aku. silap haribulan dengan ilham sekali kene halau dari rumah tuh.

‘’mak bapak aku pon tak penah sentuh jentik aku! bodoh!..apa hak kau nak pukul tumbuk aku?..kau besar kau kuat kau ingat kau boleh buat suka-suka hati kau?! Sekarang baru aku faham kenapa kau tak boleh bahagia fahmi? Sebab perangai kau macam pukimak ni!’’.. aku tolak fahmi..(ahh..sedap dada dia yang buffy tuh…)..aku tolak tapi dia tergerak sikit je. Aku tudingkan jari aku ala-ala abang-abang carik gaduh!.(bukan women nak tarik rambut okeyh!)..tapi masa tuh memang aku sakit hati. Itu yang dapat aku cakap that time. Everything terkeluar dari mulut aku macam tuh je. Senafas aku cakap. Aku tak teriak tapi aku tinggikan suara dalam nada pitching tinggi.(kepit sangat!).

’kau sama dengan mana2 gay! Pelacur! Tak sedar diri untung!..kau boleh mati!.. your life ill be living hell!’’ ..fahmi tinggikan suara terus blah dari situ. Aku terkesima sekejap. Sumpahan apa yang dia bagi kat aku..aku tak menangis. Tapi aku rasa fahmi macam dah fuck up hidup aku. aku tak faham kenapa dia ada kat sini at the first place? Out of nowhere dia tiba-tiba terpacul keluar kat situ. Aku menuju ke arah haziq yang masih posing atas batu minta dibantu.

‘’are you ok haziq?’’..aku menghulurkan tangan. Walaupon dia baru je fuck up dengan hidup aku yang complicated dan bertambah complicated ni. Aku still anggap dia macam kawan aku. aku nak anggap yang terjadi tadi macam tiada apa-apa yang berlaku.

‘’it’s ok..aku boleh bangun sendiri.’’ Haziq bangun…kemudia dia ketawa. Aku jadi blur…

‘’serve you rite im. Selama ni kau ingat kau boleh dapat semua lelaki dalam dunia?..ilham kau nak…fahmi kau nak..sekarang macam mana kau rasa im? Sedih? Kecewa? Sakit?..belajarlah untuk setia im..hahahaha’’…haziq dengan angkuh mengeluarkan statement yang buat aku nyampah. Dengan niat baik aku nak tolong dia tadi dan nak lupakan perkara ni. Baru aku faham and everything make sense kenapa haziq nak jumpa aku lepas sekian lama. Dia memang nak messing around dengan hidup aku. mungkinkah sebab dia nak dapatkan fahmi dengan cara yang sial ni? Dan aku tak pelik kalau dia yang plan supaya Fahmi datang kesini sebab Fahmi tak tahu kampung aku dan Haziq sah-sah la orang kampung aku. (you don’t know it is coming rite?)..

‘’kesian kau haziq. Aku memang sedih bila kau luahkan  perasaan kau kat aku tadi. Aku dengan ikhlas sedih. Tapi sekarang aku kesian dan sedih hidup kau macam ni haziq. Kalau sebelum ni kau mungkin ada aku untuk jadi kawan kau..tapi sekarang you have nobody…and I wish kau berjaya nak dapatkan fahmi. Kalau kau dapat. Congrats..semoga bahagia…’’ Aku hanya tersenyum dengan penuh sinis. Aku pon dah malas nak bergaduh dengan Haziq. Aku sepatutnya dah boleh agak this thing. Of course haziq ni full of surprise. Dulu dia plan aku dengan fahmi supaya together. Now dia plan aku dengan fahmi brake up. Memang mastermind!. Aku blah dari situ..aku tak berpaling langsung ke haziq. Fahmi dan haziq memang sepadan sebab dua-dua pon perangai sama kimak.(sesuaiilah!)..lepas ni senang aku nak concentrate kat ilham je…ilham yang aku sayangi…dulu dan sekarang atau selamanya….

Aku berjalan sepanjang jalan balik. Pemandangan yang indah, kiri jalan sungai, kanan pulak lereng bukit yang dipenuhi hutan dan kehijauan sedikit pon tak dapat menenangkan perasaan aku saat ni. Memikirkan semua yang baru terjadi. Aku tak sangka Haziq sanggup buat macam ni kat aku. mengenangkan kebaikan yang dia pernah buat kat aku. hati aku macam berbelah bagi samada nak benci haziq atau nak maafkan dan let go je dengan apa yang dah jadi. Masalah memang tak pernah nak lari dari hidup aku..sometimes kau rasa nak give up dan nak lari dari semua orang termasuklah ilham. tapi aku ada mak bapak dan adik beradik yang maish sayangkan aku..dan aku harap semu yang terjadi ni dapat kuatkan aku sebagai seorang manusia.
Aku sampai rumah…aku tengok ada moto kat luar rumah…aku jadi cuak..gelabah..memang nervous sangat-sangat…sebab….moto tuh moto fahmi. Damn…! Apa pulak fahmi dah buat sekarang?...fahmi kat mana?..lama aku terbatu kat bawah…tangan aku tak semena mena jadi sejuk…aku rasa macam nak pengsan pon ada. Aku tak kisah kalau masalah ni hanya antara aku,ilham, fahmi or sape pon tapi kalau dah melibatkan family memang aku dah tak boleh nak handle lagi masalah ni…

Aku beranikan diri naik satu satu anak tangga rumah aku..saat aku melangkah masuk. Aku rasa macam nak pitam dan nak pengsan…kat ruang tamu ada ummi dan abah aku, Ilham, Fahmi dan aliff…adik beradik aku takda. Mungkin ni masalah orang dewasa dan terlalu personal. Saat tuh aku macam dah boleh agak apa akan berlaku. Tangan aku mula sejuk dan terketar ketar. aku tengok fahmi hanya duduk resah. Ilham tertunduk di atas kerusi rodanya dengan muka yang hiba..shit!..what now? why fahmi do things like this?...

‘’IMRAN FARZI..!’’..abah aku memanggil aku…bingkas dia bangun menuju ke arah aku..satu tamparan yang hebat singgah di pipi aku…aku terjatuh..terjelepok..di antara sedar dan tidak. Tangan aku masih terketar…aku tengok ummi aku mula menangis tanpa berkata apa-apa..saat itu aku dah sedar yang ummi dan abah aku dah tahu segala galanya..fahmi dan ilham diamkan diri. Aliff pulak berlallu pergi keluar dari rumah. Aku mula menangis..aku dakap kaki abah..aku cium kaki dia…

‘’maafkan im abah…im malukan abah…im berdosa pada ummi dan abah…’’…aku sujud meminta maaf…suasana menjadi sunyi dan sepi..yang ada hanyalah teriakan aku dan tangisan ibuku. Aku berdoa membuat air mata ibuku jatuh berderai. Aku memang anak derhaka..tapi apa lagi aku mampu lakukan? Menipu yang kata semua perkara yang fahmi cerita tak betul?...dosa apakah yang aku nak buat lagi lepas ni?..aku tak pernah tipu abah dan ummi…fahmi…apa yang kau dah buat…sampai mati pon aku takkan maafkan kau fahmi…

‘’aku takda anak macam kau!...sekarang kau boleh berambus dari rumah aku!...kau bawak semua orang yang kau bawak dalam rumah ni keluar..aku jijik ada anak kaum luth macam kau ni! Aku mati pon jangan sekali kali kau jejakkan kaki ke rumah aku lagi!’’ ….Ya tuhanku..aku menangis tak henti…abah aku menolak kepala aku dengan kakinya. Saat itu aku rasa kotor dan hina sangat di mata ummi dan abah..ummi hanya menangis tanpa berkata apa2…in fact terus menangis dan berteriak lagi lepas abah halau aku dari rumah…saat itu aku sedar tiada ruang kemaafan dalam hati abah…aku terus mendakap lagi kaki abah..aku cium lagi…tapi abah tetap menolak dan terus berlalu dari situ…aku dakap pulak kaki ummiku…kaki ibu yang melahirkan aku…aku cium kaki ummi..berkali kali aku minta maaf…ummi tidak menyentuh langsung aku…dia hanya menangis...

‘’im, kenapa im buat ummi dan abah macam ni…im ada agama im..apa dosa ummi dan abah sampai im sanggup buat macam ni…’’..ummi bangun dan berlalu pergi . aku lihat dia masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik…aku dah tak berdaya lagi…aku rasa saat ni aku dah kosong fikiran aku..tiada ilham…tiada fahmi…sekarang aku hanya fikirkan ummi dan abah aku…aku tak tahu apa perlu aku buat..adakah aku patut tinggalkan rumah?..meninggalkan ummi dan abah aku dengan hati mereka yang remuk? Perkara dah terjadi..dah tiada apa yang aku boleh lakukan. Aku hanya orang kampung. Didikan agama ummi dan abah aku bagi mencukupi..tapi tahlah..aku masih tewas kepada nafsu aku sendiri. Ilham..bukan cinta yang berlandaskan nafsu dan begitu juga fahmi sebelum ni. Susah aku nak describe perasaan aku..kalau aku diberi pilihan memang aku tak mahu dilahirkan dalam keadaan menyayangi kaum sendiri…

‘’sudahlah im…’’ fahmi memegang bahu aku…aku hanya tertunduk. Aku tak berpaling muka fahmi.. dalam dada aku penuh kebencian pada fahmi..Perasaan benci dah makin menebal. Lepas kau punah kan hidup aku dan family aku sekarang kau nak baut baik dengan aku pulak?

‘’jangan kau sentuh aku fahmi!..aku taknak kau ada kat sini. Sebesar mana pon salah aku. kenapa sampai macam ni sekali kau buat hidup aku fahmi? Tak boleh ke kau fikir fahmi?..’’ aku menangis air mata tadi mengalir tak henti..aku tak mampu langsung nak tengok muka fahmi. Aku tak tahu apa aku akan buat kat dia kalau aku tengok muka dia..kalau ade sebilah pisau kat tangan aku sekarang..aku dah bunuh dia…aku jadi blurr…aku dah lupa segala galanya…ilham mendekatkan diri dia pada aku..dia tolak kerusi roda tuh pada aku..dengan keadaan yang suka….ilham memeluk aku dari belakang…fahmi terus keluar dari rumah aku mengehentakkan pintu..aku dengar bunyi moto fahmi blah dari rumah aku dengan laju. Aku harap kau mati fahmi!..aku terus mendakap ilham…

‘’kita balik KL dulu im…biar keadaan reda sikit..ummi dan abah tengah marah tuh..im kan anak kesayangan ummi dan abah…diorang tak marah lama tu…’’ aku menitiskan air mata…ilham mengesat air mata aku dengan jarinya…melihat wajah ilham bagaikan memberikan aku harapan dan sinar..nak nak lagi bila dia pandai menyusun ayat untuk sedapkan hati aku…aku tetang sikit alaupon air mata aku terus mengalir…aku tak tahu apa yang terjadi tadi kat rumah antara fahmi, ilham dan ummi dan abah…tapi yang aku tahu ummi dan abah dah tahu pasal aku…seorang plu…aku nampak aliff melangkah masuk rumah terus ke arah aku..dia peluk aku dengan kuat…dia pon menangis. Mungkin dia terdengar peristia tadi dari baah…aku tak dapat nak balas pelukan aliff..aku lemah longlai…tak bermaya lagi…

Seharian aku mengetuk pintu bilik ummi..dah berjam jam ummi tak keluar bilik…aku menangis melutut depan pintu bilik pon ummi masih tak bukak pintu bilik. Abah keluar dari tadi tak balik balik…aku tak dapat bayangkan betapa remuknya hati ummi dan abah mengetahui anak dia macam ni. Kami tidak berfikiran terbuka seperti sesetengah orang bandar. Yang boleh menerima anak mereka seadanya. Hidup kami masih berlandaskan ajaran islam dan adat melayu. Kalau aku kene tangkap basah dengan perempaun pon parents aku dah halau aku. inikan pulak mengetahui diri aku macam ni…

‘’ummi…ummi….im dah nak pergi ni ummi….im pergi dulu ya ummi….im minta maaf kat ummi dan abah…maafkan im…im berdosa pada ummi dan abah…ampunkan im ummi..abah…’’ aku terduduk lagi di depan pintu bilik ummi…aliff datang dan mengangkat tangan aku…buat masa skearang mungkin ini jalan yang terbaik..aku dah meminta maaf mungkin ummi dan abah masih tak dapat nak terima lagi diri aku ni..dan mungkin tidak akan terima buat selama lamanya…tpaia ku sebagai anak takkan berputus asa nak minta maaf sebab aku sayangkan ummi dan abah aku..after all family is the first priority more than anyone else..even ilham…aku berlalu pergi dengan tangisan mengiringi air mata aku….

************************************************************************
Sepanjang perjalanan balik ke KL aku hanya diamkan diri. Aku duduk di kerusi sebelah aliff…aliff memandu dan ilham duduk di kerusi belakang..fikiran aku melayang..tapi sepanjang masa ilham memeluk aku dari belakang…penat dia peluk…dia hulurkan tangan dia pegang tangan aku di atas peha aku…tapi sikit pon aku tak balas..bukan sbeba ku benci dia..tapi for no aku hanya fikirkan ummi dan abah..bagaikan semau tadi tak terjadi..dengan sekelip mata ummi dan abah yang aku lihat tadi bergelak ketaa dengan aku dan ilham dah menjadi orang yang paling membenci aku…fahmi dah rentap dan musnahkan hidup aku dan keluarga aku…sebelum ni aku dilimpahi banyak masalah..tapi kali ni tiada apa yang dapat menandingi masalah aku dengan ummi dan abah. Bukan ummi dan abah yang bermasalah..aku yang bermasalah…

Aku tak sedar aku tertido masa dalam perjalanan. Aku hanya tido berendamkan air mata. Aku sedar sedar dah samapai rumah aliff dan masa tuh dah malam. Malam tuh aku tido rumah aliff..dan aku tak rasa ilham dan aliff akan biarkan aku balik ke rumah dalam keadaan aku yang masih tak stabil macam ni..saat itu aku rindu ummi dan abah aku..aku rasa nak memeluk ummi dan abah..cium kaki mereka lagi sampai mereka memaafkan aku..ummi dan abah, aku harap mereka tak menangis lagi. Setitis air mata ummi aku jatuh lagi..semakin dekat langkah aku ke neraka. Alaupon aku tahu aku sememangnya tidak layak ke syurga..
Malam tu aku hanya baring je tanpa lelapkan mata..aku keseorangan dalam bilik..aku terdengar orang borak kat depan..mungkin pasal apa yang terjadi hari ni..aku bernasib baik aku ada kawan yang memahami aku macam ilham dan aliff. kalau tiada mereka aku pon memang tak tahu nak pergi ke mana…dan aku tak tahu apa yang aku dah buat..aku mungkin dah merempat kat tepi jalan sekarang ni,,

’im…sudahlah..jangan menangis lagi…I kan ada kat sini…im kene kuat untuk ilham…im untuk ilham dan ilham akan ada untuk im…’’ ilham memegang kaki aku. aku pon tak sedar bila dia masuk. Mungkin keadaan dia yang sekarang ni berkerusi roda agak sukar untuk dia nak pegang aku atau buat aku selesa…aku hanya memandnag ilham..sesekali aku senyum paksa hanya untuk sedapkan hati ilham…saat tuh aku masih tak tahu apa perasaan aku pada ilham…sesugguhnya rasa benci yang meluap pada fahmi dan rasa sedih mengenangkan apa yang terjadi sehari ni….dalam masa 2 hari macam-macam yang terjadi…

‘’boleh ilham temankan im tido?..tapi im kene dukung ilham naik atas katil boleh?..hahah’’ ilham berseloroh mungkin nak ambil hati aku..dalam keadaan aku yang sedih dan keadaan dia yang lumpuh  macam tu pon dia masih boleh nak bergurau.,aku membalas dia dengan senyuman..aku bingkas bangun dan memgang belakang dan betis ilham..ilham meletakkan kedua tangan dia berpaut di belakang tengkuk aku..aku angkat ilham letak atas katil…aku baring di sebalah ilham…tapi aku hanya memandang siling rumah…ilham memeluk aku dari sisi….ilham letakkan kepala dia di dada aku…aku selesa dalam keadaan itu..mungkin aku pon memerlukan seseorang supaya tak keseorangan walaupon fikiran aku masih menerawang….

Sesugguhnya syaitan berjaya menggoda aku lebih dari nafsu aku sendiri…otak aku memang bangang dan tak tahu letak mana masa tuh…aku dah tak ingat tuhan…ummi dan abah…ilham…atau sesiapa pon…yang aku fikir masa tuh nak lepaskan azab aku dari semua masalah ni….aku dengan tak semana menggeledah laci….aku capai….aku kelar pergelangan tangan aku dengan pisau lipat yang aku jumpa dalam laci….

‘’astaghfirullah im!...apa yang u buat ni?!’’..ilham menjerit ke arah aku…darah di pergelangan tangan aku dah banyak mengalir dengan laju…sampai ke baju aku darah…aku terduduk dan dalam keadaan separa sedar...aku sedar ilham cuba untuk bangun…aku nampak dia terjatuh dan bangun cuba berjalan sambil memanggil manggil aliff…ilham letak kepala aku kat atas peha dia….saat itu aku terus hilang dan tidak sedarkan diri…….


Bersambung…..

10 comments:

Christ Evan said...

wht!!?? sampai hati haziq buat kt Im mcm tu. . . and fahmi ni muncul pada waktu yng salah.. geram jgk kt fahmi. . harap Im tabah mnghadapi dugaan ini.. you still have Ilham and Aliff by your side...

#episode 15 terbaik. . sambunglh cepat. . x sbr nk tahu apa yng brlaku pada Im..

Lil'LambOo said...

geez ! benci siak dengan fahmi -.-
thnk god im ad ilham and aliff .
keep up the good work bro !!

Henry Yamashita said...

christ...episode baru hanya di upload pada isnin dan khamis...haziq memang dah plan supaya fahmi ade di situ...=)

Henry Yamashita said...

lil lamboo : semua orang dah benci Fahmi dah..haha

Akim Luqman said...

fahmi pew kejam gila.. dia ingat dia sape?..... haziq aku yakin kau akan dapat balasan yang setimpal.... for family im bukan itu cara didik anak yang berkesan... kalau ko org betul kuat agama kau x kan buang anak ko tapi kau bimbing dia dan kau sepatutnya kau dalam mi hati dia..... mcm lah korg masuk syurga sangat.... benci siak aku dgn org yang konon2 kuat agama tp sebenarnya x hayati islam yang betul. kita x berhak hukum org kerana allah juga mengampunkan umatnya... walaupun aku ni x berapa kuat agama but aku juga tau cara2 islam mendidik umatnya... for im kau mesti kuat kau xblh terus macam ni kerana jika kau terus mcm ni pasti ramai org yang akan lbh main2 kan perasaan kau mcm fahmi dan haziq..... kau masih ada ilham dan kau blh dapat kebahagiaan satu hari nanti.....
sedih gak sbnrnya bila kita bnyak masalah tp manusia x kn penah lari dr masalah

Zhaki Mohamed said...

aku rsa mcm kt tempat im jer. Aku pnah kna tumbuk nga bf aku sdri, shit sgt time tu. hati hancur bila org y kita harap sakitkn kita, ya mmg sakit kjap tp pkulan tu campur sakit dlm. mak n ayah im plezz jgn buang ank. manusia mmg xsempurna. haziq ko lh org y paling xbsyukur. fahmie mmg ko bangang tahap cibai. aku benci sgt nga ko. ckup lh ko gantung org xbertali last ko dtg tanpa berita then ko nak hukum org. byk setan dlm episod nie. puas aku nges bila igt blik sma nga kisah aku.

steven said...

Logik apa. Memang ada mak bapak takleh terima anak diorang homosex. Kalau bapak im liberal dia akan cakap, "i'm so proud of you having gay relationships with all these men. Now you can do threesome with your boyfriends. I give my consent." kan best kalau bapak im sangat toleran macam tu. Go Fahmi!

sayang said...
This comment has been removed by the author.
sayang said...

entah kenapa i tak dapat nk marah fahmi lagi....
non of us knw wat happen kan between abah dan mak IM, ilham and fahmi... mmm something is not rite.. n i dont feel it fahmi yang buka cite.... entah entah ilham yang kecoh ???? let c apa kata pengarah .. i cant wait for next episode....

zack.zaqimiee said...

Agreee...