Followers

Tuesday, March 29, 2011

Untukmu Im...[Episode 3]


:: Cemburu!!...Damn It!! ::


‘’Imran…Imran….Im…….’’…sahut suara tuh…dari suara tuh aku tauh siapa yang panggil aku ni…arghh….apa aku nak buat ni…nak buat-buat tido la camni….tapi takkan la orang dah kejutkan aku boleh tak sdar padahal aku baru letak kepala 5 minit…aku dah la penat ni…takkan la malam ni ade orang nak kejekan aku pulak…..

‘’Im…ni I….Ilham….u left your wallet inside the car….tido mati ke dia ni?...xpela….i put your wallet here…’’..sambil letakkan wallet aku kat atas meja sebelah aku….then aku dengar pintu bilik ditutup…fuhh!!..lega….ek ele….wat suspen jer..aku ingat die nak apa-apa kan aku tadi…tapi kalu kene tadi memang tak larat lah…dah la penat puggah barang..pas tuh nak kene perform pulak malam ni!....giler per!....disebabkan aku terlalu letih…aku sampai tak sedar aku tido pukul berapa….

Esok macam biasa aku bangun pagi….tapi badan still rasa letih lagi…nasib baik tak jadi apa2 malam tadi..mesti aku dalam keadaan yang lembik pagi ni….arghh..memang susah nak bangun pagi…siap mandi pakai baju…aku keluar…tengok dah ada sarapan….baguslah!...dengan tak malu nyer aku tarik kerusi kat meja makan….

‘’ Best tido malam tadi?..selesa tak?.....’’…tanya ilham dengan senyuman yang sweet….

‘’ yup…thanks bagi saya stay sini…selesa katil tuh…’’…aku jawab selamba dan dengan muka tembok…

‘’ ermmm..kalau ada orang peluk mesti lagi selesa dan best kan??’’….berani mati ko nak Tanya soalan macam tu yer ilham….kali ni dengan muka yang nakal dia buat….tapi somehow..he looks cute in office attire…sweet….dengan dimple dia….kalau malam tadi jadi betol-betol pon aku tak kesah!...hahaah….eyh…lebih-lebih lak aku…..hahahha….

‘’erkksss……aliff mana?...’’….aku buat buat Tanya dengan soalan lain…eyh..dalam banyak-bayak soalan apsal pulak aku pegi Tanya pasal Aliff tuh??..karang die ingat aku syok kat budak bottom tuh…adoishh!..

‘’’dia dah keluar awal-awal….bf dia amik..dia keje tempat sama dengan bf dia’’…..hahah….mestiker ko nak bagitahu info pasal bf dia tuh? Kununnya dengan harapan aku taknak kat aliff tuh lah…giler ko nak melesi….ish2…simpang malaikat 44…..mampoo?....lepas habis sarapan…dia terus hantar aku kat LRT stesen Kelana Jaya…walaupon sebelah apartmen jer..dia tetap nak hantarkan ke situ…die cakap nanti kene ngorat dengan mamat india kat apartment tuh….eyhh..pandai lak melawak ko kan ilham….

Sepanjang perjalanan ke tempat keje aku…kepala otak aku tak berhenti memikirkan mengenai ilham…he is to sweet…to good to be true…tapi dia tak pernah pon menunjukkan tanda-tanda nak kat aku ke..kalau ada sikit-sikit tuh yang nakal-nakal tuh baisa lah….boys is just being boys….wahh..abih aku ni laki ke pompuan?....masa kat tempat keje fikiran aku still melayang teringat kat dia…aku rasa macam dah ter suka kat dia…tapi ak baru je kenal dengan dia…baru je 2 hari!..tapi aku dah kenal dia kat myspace dah lama….eyh..mana boleh kira mcm tuh…tak aci la..kalu setakat myspace…ramai je lagi orang lain yang aku kenal kat situ…..in fact ade yang lagi closed dengan aku compare dengan dia….

Hari yang sungguh memenatkan….mentang-mentang aku budak praktikal kat sini..suak-suka jer diorang nak bagi keje bertimbun kat aku….learning process katanye…takpela….aku redha jer…boleh gak aku belaja bende yang aku tak belajar kat U….Perjalanan balik memang menyesakkan dada…ramai giler umat manusia kat KL ni….LRT macam tin sardine…ketiak masing-masing dah kuning…nak-nak kalau yang berdiri tuh bangle…nak lagi best duk menadah ketiak kat muka orang lain….arghh!!....bila fikir balik..menyesal pulak praktikal kat KL ni…aku sampai kat kat stesen akhir Kelana Jaya…keluar dari stesen, Ilham dah tunggu aku….alahai….sweetnyer…ala-ala suami menunggu bini balik keje…..(verangan ko kan!)….

‘’ok keje ari ni?’’…ilham tanya aku sebaik jer aku duk kat sofa….kalau boleh aku macam malas nak bercakap….penat giler keje macam ni…..study lagi best….fikir-fikir balik…cepat-cepat lah habis praktikal ni…walaupon aku baru masuk dua minggu keje….

‘’ermmm…boleh lah….penat sikit….saya masuk dulu..nak mandi lah..’’…aku bangun dan blah je dari situ…ala-ala wanita PMS yang emo….aku tengok ilham just senyum jer….comel nyer…hik!....eyh…hati-hati Im…tah-tah senyum tuh ada makna tuh….eyhhh…ala..senyum je pon…ko nak fikir bukan-bukan apsal Im?....setan dan malaikat dalam diri aku berkata-kata….yang mana satu setan yang mana satu malaikat pon aku keliru….lepas je makan malam…aku Nampak ilham keluar rumah…Nampak smart…aku tertanya jugak dia nak pegi mana….(kepoh betol ko kan Im…..ko takd ekeje lain ke salian dari nak jaga tepi kain orang hah?!)..Aku Nampak aliff sorang-sorang lepak…walaupon badan rasa macam penat..tapi macam kesian pulak tengok aliff tuh sorang-sorang….lagi pun sepanang aku pindah…aku tak pernah lagi borak dengan dia….

‘’die pegi mana tuh?’’…aku mulakan perbualan dengan aliff….

‘’ala…biasalah tu…..dating la kot…..’’..erksssss…damn it…dengan tak semena-mena…aku jadi macam tak senang duduk denganjawapan yang aliff bagi…..dah la dating….pas tuh…’macam biasa’ pulak….selalu sanagat ke dia dating…eyh….aku ni jeles ke??..suka hati dialah dia nak pegi mana pon..

‘’eyh..takdalah…gurau jer….dia cakap tadi nak jumpa ex-bf dia….nak pulang barang’’…..owhh….skrg aku dah tauh…dia ada ex…aliff ni sepupu ilham…teringin pulak nak korek cerita pasal background ilham ni….aliff mula bercerita mengenai ilham…owhh..tak pernah aku jumpa orang setabah ilham…ilham anak yatim piatu rupanya….dia anak sulung dari 6 orang adik beradik…emak dia meninggal masa dia umur 12 tahun….sejak tuh ayah dia jaga….malang tidak berbau…semasa dia berumur 18 tahun…ayah dia hilang di laut.......sejak tuh ayah dan emak aliff yang jaga adik-adik ilham….dan ilham tak dapat sambung pelajaran demi menolong membantu membesarkan adik adik dia….walaupon diorang sepupu…tapi aliff dah anggap ilham ni macam abang kandung dia sendiri…….

Owhh…cerita ni betul-betul buat aku sedih….ilham merupakan seorang yang naïf…dari apa yang aku tahu…ex-bf dia sebelum ni selalu ambil kesempatan ke atas dia…mentang-mentang dia baik…..mintak duit…bagi..mintak kereta….siap buatkan down payment…..tapi akhirnya kantoi main dengan orang lain…so ilham ni bengkek la hati dia…..walaupon dah clash….ilham still boleh nak berbaik dengan ex-bf dia tuh….siapa bf dia masa tuh aku tak tahu….yang pasti ex-bf dia memang seorang yang teruk!....

Cehh…aku kutuk-kutuk orang macam la aku baik sangat….yer…walaupon aku ni takdelah angel sangat..tapi aku takda lah sampai nak buat macam tuh….habis madu sepah dibuang….hati aku mula tertarik dengan ilham…hati aku kuat mengatakan…aku perlu mengenali makhluk Allah yang bernama Ilham ni…..(mula dah…..)

Pagi tuh aku bangun..aku tengok ilham takda kat rumah lagi….dan aku agak pasti dia tak balik rumah lagi sejak dia keluar semalam..owhh..mungkin dia dah berbaik dengan bf dia…bisik hati aku….dengan fikiran aku macam tuh….aku rasa macam tak bersemangat hari ni……mungkin sebab aku mula nak menyukai ilham…tapi aku tak tahu dia anggap aku ni macam kawan atau……tahlah…..hari ni aku tak tengok lagi muka ilham….senyuman nakal dia….macam mana aku nak teruskan hidup aku hari ni…(eyh…lebih-lebih pulak!....)

Dah seminggu berlalu….rutin harian aku memang sangat memenatkan..aku tak tahu..bekerja boleh menyebabkan stress dan keletihan yang melampau macam ni….waktu-waktu nak menunggu masuk sembahyang jumaat memang meletihkan..aku lebih suka pergi semnbahyang dulu..then balik tuh baru pergi makan dan terus masuk office… sejak dari hari isnin malam samapi hari ni dah masuk hari jumaat aku tak jumpa ilham…mana dia pergi?..apa yang terjadi kat dia…aku pulak takda pulak call or mesej dia…perlu ke?...yes…as a friend u should mesej or call him….aku pun takda pulak tanya dengan aliff….

Lepas dari semayang jumaat di masjid Al-syakirin, KLCC…aku terus pergi food court KLCC…ramai betul orang time-time macam ni….memang jadi kebiasaan aku kalau kerja macam ni..aku jarang lunch makan nasi…so…makanan macam yong tou fou jadi pilihan aku….aku just berdiri kat tepi sambil mencari-cari kalau-kalau ada seat yang kosong….sunddenly aku namapk satu figure yang amat aku kenali……its ilham….tak semena-mena…aku jadi happy giler!...dengan hanya tengok dia…aku jadi gembira tak tentu pasal..(miang keladi betol!..menggeletis Nampak jantan!)….aku gerak kearah meja dia..dengan harapan nak tegur dia…..dan duduk semeja……

Belum sempat aku sampai…..sorang lelaki yang cantik paras rupanya, elok pembuatannya….comel..jambu……gojes….baju berkualiti suit Armani…jam tangan rolex emas putih (detail tak mata aku Nampak?hahaha)…semua kualiti pon ada…..duduk kat depan dia….aku yang kekampungan..baju belang-belang bitu putih beli kat pasar JB…seluar khakees bundle….rambut serabai……terus menarik muka dan berpusing…perghhh…aku dah feeling-feeling sentap tauh tuh!...ada lagi hot dan gojes rupanya (moral is…jangan nak berangan sangat ko paling cantik kat semesta ni!)…siapa lelaki hot tuh?..BF baru dia ke?....aku duduk membelakangi jauh dari diorang….tak sanggup aku nak tengok tah-tah kalau ada adegan suap-suap….waaaaaaa!!..benci…aku benci perasaan ni!!...(sah-sah ko jeles kan!)….

‘’eyh…Im…kenapa tak join saya tadi kat meja sana?’…ermm…by the way…this is Samsul..’…ilham menyapa aku dari belakang….owhh..samsul nama mamat ni…dari dekat lagi lah hot…segan aku…dah la aku comot….samsul tuh senyum sinis je kat aku….yela-yela…mentang-mentang aku tak hot macam ko…tak payah la nak sinikal macam tuh…

‘’oklah…I nak gerak dulu….later we meet keyh..take care…’’..ilham just beredar dari situ…dari jauh aku Nampak ilham duk senyum-senyum dengan samsul….ngumpat aku lah tuh!...Aku balik office dengan perasaan yang bercampur baur…happy sebab dapat jumpa dengan Ilham….benci sebab samsul tuh dengan dia….and they seems very happy….aku dah cakap dah..aku mampu berangan jer…maybe tuh BF baru dia….or ex-bf dia?...tahlah…aku tak mampu nak fikir….kadang-kadang aku ade terfikir kenapa aku nak cemburu terlebih…sedangkan dia hanya kawan yang membantu aku…dia tak pernah menyatakan perasaan dia pada aku…dan aku baru sangat-sangat kenal dia!...kenapa aku perlu cemburu??..itu terpulang kepada dia nak keluar dengan siapa yang dia suka…including his own BF!

Sepanjang kat opis aku fikri pasal peristiwa tengah hari tadi…aku balik pon dalam keadaan yang tak bermaya….letih satu hal…..pasal ilham nip on satu hal…arghh!!..stupid ko ni Im!....dah lah tuh….apsal otak aku ni!!....aku bukak pintu….takda sapa-sapa kat rumah….including ilham…macam biasalah….dah alang-alang takda orang kat rumah….hati aku jahat termasuk kaki aku jahat jugak…nak melangkah kea rah bilik ilham….tangan aku tiba-tiba jahat….buakk pintu bilik dia…..taktu pulak…first time aku ceroboh bilik orang…..ermmm…wangi bilik dia….kemas…biasalah PLU..eyh….jap…bilik aku dah kemas ke belom eyh bangun pagi tadi…no wonder takde orang nak kat ko Im…ko serabai!....

Barang-barang dia tersusun…dinding color grey gelap….katil dan furniture color putih…(casa impian sangat!)….baju tersusun pada tempatnya….elok lipatan…lurus jer…(ko gune pembaris ke lipat baju??)…aku tengok ada frame-frame gambar kat meja….nampak ada pasangan dengan 6 orang budak kecik.…mungkin arwah parents dia dengan adik beradik dia kot….sedang belek-belek…aku ternampak…gamabr dia dengan samsul!..wth!!..arghhh….mesra nyer…..benci aku!...menysal aku masuk bilik tuh….akujugak yang sakit hati….aku terus keluar dari bilik…siap mandi aku masak…sebab aliff overtime…aku masak sardine, sayur dengan telur dadar……tak lama lepas tuh aliff balik……dia terus letak beg terus ke meja makan…..mungkin lapar dan penat sebab overtime….

‘’aliff….i nak tanya sikit la…..u kenal samsul kawan ilham?’’…..aliff terhenti makan dengan soalan aku….

‘’errmm…..i think u better ask ilham…..’’….balas dia sambil tersenyum….hmm…lagilah macam-macam yang aku fikir…kalau dah aliff sendiri suruh aku tanya ilham sendiri…samsul mesti someone yang penting dalam cerita ni….haishhh…..resah je hati aku…mungkin aku dah mula sukakan ilham..tapi bila jadi macam ni…aku mula was-was dengan perasaan aku sendiri….aku taknak merosakkan kalau-kalau dia dah ada someone….

Sedang aku mengelamun kat atas katil…aku dengar orang bukak pintu bilik…(eyh,…aku tauh la aku menumpang….takkan suka-suka ko jer nak masuk bilik ni!)….jap-jap…yer..wallet aku ade bawah bantal…and…guess what happen next!...aku rasakan kehangatan tangan lelaki memegang pinggang aku….arghhh….aku jadi neves….keliru…aku just buat-buat tido jer…betol ke ni…ke aku cuma mimpi….tangan tadi yang memeluk pinggang aku mula merayap ke bahu dan bahagian belakang aku….yes….i’m comfirm…this guy is totally want something from me….arghh…being gays…dalam keadaan macam tuh memang sangat menggairahkan….bila aku dapat rasakan kehangatan bibir di belakang leher dan cuping telinga aku…..aku jadi gelisah….dan nafsu aku makin develop…

‘’ saya tahu awak belum tido….Im………………’’.sambil menghela nafasnya ke telinga aku….apa yang aku perlu lakukan??..walaupon ini bukan kali pertama….aku jadi takut dan rasa keliru masa tu…suddenly aku aku berpusing dan menghadap seraut wajah…………………


Bersambung................

1 comment:

Emira Darmia said...

feeling habis seyh i bace karya u ni....best!!!